Monday, August 6, 2012

NIZAR JAMALUDDIN HINA BENDERA MALAYSIA -"JALUR MALANG"

Sungguh mengejutkan dan mengecewakan apabila pemimpin yang gah diperkatakan ini sanggup mengeluarkan kenyataan seperti ini dalam 'Twitter'nya.
Berdasarkan kenyataan beliau ini, ia telah membuktikan sejauh mana semangat dan kecintaannya terhadap negara.

Malah, mungkin dengan tersiarnya artikel ini , rakyat lebih tahu siapa pemimpin ini sebenarnya.

PUSAT TIDAK PERNAH NAFIKAN HAK RAKYAT KELANTAN - PM

BACHOK - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan termasuk dalam soal pembayaran bayaran tunai petroleum.

Menurut Perdana Menteri, berpegang pada prinsip adil untuk rakyat Malaysia sebagaimana diperintahkan oleh Allah, maka beliau telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas bagi menyelesaikan secara adil, telus dan saksama isu bayaran petrolum kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Bagaimanapun kata Perdana Menteri, apa yang dikesalkan sikap parti pembangkang terus mempolitikkan isu tersebut dengan melemparkan pelbagai tuduhan kononnya Kerajaan Pusat mengkhianati dan menipu rakyat Kelantan.

"Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia kerana ini perintah Allah, kita takut pada Allah, kita tak takut pada yang lain. Begitu juga dalam mengagihkan kekayaan negara kita agih secara adil.

"Sebab itu bila timbul isu royalti, isu ini tidak dapat diselesaikan kerana masih lagi dibangkit-bangkitkan, yang menjadi sasaran Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed), Awang Adek (Datuk Dr. Awang Adek Hussin). Saya juga menjadi sasaran kononnya kami mengkhianati, menipu rakyat Kelantan.

"Di bumi Kelantan ini, sempena bulan Ramadan kami tidak menafikan hak rakyat Kelantan sama sekali. Kita nak berlaku adil, tulus, nak buka buku baru kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan Pusat tak menafikan hak walau satu tong minyak pun hak Kelantan," katanya di sini hari ini. - Utusan
PENDEKATAN ISLAH UNTUK GERAKKAN KEMAJUAN NEGARA -PM



KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Program Transformasi Negara yang sedang berlaku sekarang sentiasa mengambil pendekatan melalui konsep 'islah' untuk mencapai sasaran sebagai sebuah negara maju.
  
Beliau berkata, pendekatan 'islah' ini berjaya memperbaiki keadaan Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi.
  
"Kini, kita mengorak langkah islah kita, mendukung visi menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, Insya-Allah," katanya dalam perutusan sempena Peristiwa Nuzul Al-Quran 1433 Hijrah, hari ini, dalam blognya, 1malaysia.com.my.
  
Beliau juga berdoa agar dengan keberkatan Nuzul Al-Quran yang terjadi di bulan Ramadan ini, Allah akan menyatukan hati umat Islam di negara ini bagi menjaga dan memperkasa Agenda Islam sebagai wadah ‘islah’ dan transformasi negara Malaysia.
  
Hari Nuzul Al-Quran yang jatuh pada bulan ini merupakan panduan lengkap dan bermukjizat bagi manusia mengendalikan kehidupan duniawi dan ukhrawi, katanya.

Menurut beliau lagi, berpegang kepada kepentingan al-Quran ini, kerajaan meletakkan Al-Quran sebagai satu mauduk penting dalam sistem pendidikan umat Islam.
  
Al-Quran diajar dalam arus perdana pendidikan rendah dan menengah negara melalui penambahbaikan kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta pendekatan Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-Qaf) secara komprehensif, katanya. –Bernama/SinarHarian

KD: ‘Islah’ dalam (Bahasa Arab: إصلاح) berasal dari kata kerja Aslaha (Bahasa Arab: أصلح) yang bermaksud pembaikan. Ia membawa maksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik. (http://ms.wikipedia.org)

Tuntutan ini meliputi mengubah keadaan yang tidak baik kepada yang baik atau memperbaiki lagi keadaan sedia ada. Berdasarkan Islah, manusia perlu berfikir dengan cara berbesa daripada biasa. Berfikir secara biasa ini merupakan sebahagian daripada unsur kreativiti dan inovasi. (http://ms.wikipedia.org)