Wednesday, May 30, 2012

ABDUL KADIR TUBUH IKATAN

KUALA LUMPUR- Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menubuhkan , Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Abdul Kadir dikatakan keluar daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang mana beliau memegang jawatan sebagi Timbalan Presiden.

Menurut Kadir belau akan menjawab segala pertanyaan dalam sidang media yang akan diadakan.

(Sumber: Siasah Daily)
PAS LETAK CALON DI PUTRAJAYA, TANDING 11 KERUSI PARLIMEN
KOTA BHARU: PAS mengesahkan untuk meletakkan calonnya di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selepas mengadakan perbincangan dengan sekutu pembangkang, baru-baru ini.

Penolong Setiausaha Agungnya,  Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu juga meletakkan calon di Parlimen Labuan dan Setiawangsa.

Katanya, persetujuan itu dicapai antara kepimpinan PAS dan PKR baru-baru ini yang sekali gus membuktikan wujudnya persepaduan dalam pembangkang.

(Sumber: Berita Harian 30/05/2012)


BANTAH SWASTA PENANG PORT, DAP BERNIAT JAHAT

GEORGETOWN: Pemuda UMNO Pulau Pinang menyifatkan bantahan kerajaan DAP cadangan penswastaan Penang Port Sdn Bhd (Penang Port) sebagai berniat jahat.

Ketuanya, Shaik Hussain Mydin berkata, kenyataan Penang Port harus menjadi aset kerajaan negeri kerana penjualannya kepada syarikat swasta akan menjejaskan ekonomi negeri, adalah dakwaan dangkal.

Sebaliknya, kerajaan negeri sebenarnya bertindak secara agresif menjual aset bernilai milik rakyat miskin Pulau Pinang seperti apa yang berlaku ke atas ‘tanah emas Bayan Mutiara’.

Sehubungan itu, Pemuda Umno Pulau Pinang pada prinsipnya lebih bersetuju jika Penang Port diswastakan, berbanding ia menjadi milik kerajaan DAP yang hanya rakus mahu keuntungan.

(Sumber: Berita Harian 30/05/2012)
MANSUH TOL BUKTI KERAJAAN PRIHATIN

BANTING: Pemansuhan tol di negara ini bukan perkara baru kerana ia telah dilaksanakan kerajaan Pusat sejak 2003 lagi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, usaha berterusan itu tanda prihatin kerajaan bagi megurangkan beban rakyat, termasuk membayar tol. Malah, sebenarnya sudah banyak perkara yang kerajaan buat seperti pemberian rebat dan diskaun semasa perayaan.

Perkara itu dinyatakan dalam majlis perasmian Lebuh raya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang turut mengumumkan pengguna SKVE akan menikmati tol percuma selama sebulan, bermula semalam.

(Sumber: Berita Harian 30/05/2012)
78 PERATUS DI KEDAH PUAS HATI AGENDA PM

Kajian SOCMAT dapati Anwar hanya terima 42 peratus undi, hadi 43 peratus

KOTA BHARU: Sebuah syarikat perunding dan penyelidikan yang melakukan kajian pemikir politik pengundi di Kedah mendedahkan, 78 peratus daripada rakyat negeri itu berpuas hati dengan idea, dasar perjuangan, akhlak dan keikhlasan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri sejak beliau memegang jawatan itu pada 2009.

Social Matrix Research (SOCMAT) yang pernah melakukan kajian sama di Kelantan tahun lalu, melakukan kaji selidik di 648 peti undi yang membentuk 36 kawasan DUN dan 15 kawasan Parlimen Kedah, membabitkan 2,806 responden dari seluruh negeri itu. Kaji selidik yang dinamakan ‘Tinjauan Pemikiran Politik Pengundi Kedah 2011’ itu dilakukan pada 26 November 2011 hingga 26 Januari 2012.

Penasihat SOCMAT, Dr Khairuddin Damhoeri berkata, selepas mengambil kira tempoh Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri baru dua tahun iaitu ketika kaji selidik dilakukan, ia menunjukkan penerimaan rakyat Kedah terhadap kepemimpinannya.

(Sumber: Berita Harian 30/05/2012)