Wednesday, October 2, 2013

PEMILIHAN UMNO: JANGAN SAMPAI KELIHATAN SEPERTI 'MENJUAL DIRI'

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO tahun ini mungkin keliru sama ada mereka dibenarkan memberi kenyataan kepada pihak media atau sebaliknya.

Akibatnya, petugas media yang membuat liputan menghadapi kesukaran mendapatkan kenyataan calon-calon khususnya penjelasan bagi menjawab isu-isu tertentu.

Bagi merungkai kekeliruan itu, Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas memberitahu, secara amnya, calon-calon boleh memperkenalkan diri mereka menerusi saluran media.

Sumber - Utusan Malaysia

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA: PAC AKAN SIASAT EMPAT KEMENTERIAN

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenal pasti empat kementerian untuk disiasat selepas penelitian awal terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan semalam.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, PAC akan bermesyuarat semula pada 21 Oktober ini, selepas mengkaji laporan dengan lebih teliti seterusnya akan menghantar surat jemputan pada kementerian-kementerian berkenaan.

Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan nama kementerian-kementerian yang terbabit.

-Sumber: Malaysia Nanban
RUNTUH: KERAJAAN DISARAN KAJI STRUKTUR BINA BANGUNAN DI TERENGGANU

Kuala Lumpur: Kerajaan disarankan agar mengkaji secara khusus mengenai struktur pembinaan bangunan di Terengganu supaya kejadian runtuh dan rosak yang sehingga kini mencecah 16 kes tidak berulang lagi.


Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kes runtuh terus berlaku dan tidak dapat diselesaikan.

Sumber: Sinar Harian
LAPORAN AUDIT BUKTI KERAJAAN TELUS - AHMAD MASLAN

ahmadmas1Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 yang dikeluarkan semalam menunjukkan kerajaan telus dalam pentadbiran, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata laporan mengenai aktiviti kerajaan persekutuan, badan berkanun persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri tersebut sangat komprehensif.

“Jika kita tidak telus, laporan itu tidak akan dibuat sedemikian rupa,” katanya.

Ahmad berkata kerajaan mengambil serius semua teguran kerana ia dibuat demi kebaikan semua pihak.

“Memang tidak ada kesempurnaan 100 peratus tetapi kita mahu tatacara kewangan sentiasa dipatuhi termasuk peraturan pembelian.

“Segala teguran audit itu hendaklah dilihat dari sudut yang positif kerana sebahagian teguran ada jawapan berserta nota-nota tambahan,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad berharap jawapan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memperbaiki kelemahan mereka dari semasa ke semasa.

Sumber: Agendadaily.com
PENDEDAHAN KETUA AUDIT

Kuala Lumpur: Laporan Ketua Audit Negara 2012 menemui pelbagai kelemahan dalam pelbagai bidang membabitkan 15 kementerian, Jabatan Persekutuan dan pengurusan empat syarikat kerajaan.


Antara kelemahan yang dikesan ialah pembayaran tidak teratur, kerja, bekalan tidak mengikut spesifikasi, tidak berkualiti dan tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, kelemahan pengurusan hasil dan kelemahan pengurusan aset kerajaan.

Berikut adalah laporan audit yang  menemui kelemahan di 15 kementerian, Jabatan Persekutuan dan pengurusan 4 syarikat kerajaan