Wednesday, October 2, 2013

LAPORAN AUDIT BUKTI KERAJAAN TELUS - AHMAD MASLAN

ahmadmas1Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 yang dikeluarkan semalam menunjukkan kerajaan telus dalam pentadbiran, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata laporan mengenai aktiviti kerajaan persekutuan, badan berkanun persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri tersebut sangat komprehensif.

“Jika kita tidak telus, laporan itu tidak akan dibuat sedemikian rupa,” katanya.

Ahmad berkata kerajaan mengambil serius semua teguran kerana ia dibuat demi kebaikan semua pihak.

“Memang tidak ada kesempurnaan 100 peratus tetapi kita mahu tatacara kewangan sentiasa dipatuhi termasuk peraturan pembelian.

“Segala teguran audit itu hendaklah dilihat dari sudut yang positif kerana sebahagian teguran ada jawapan berserta nota-nota tambahan,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad berharap jawapan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memperbaiki kelemahan mereka dari semasa ke semasa.

Sumber: Agendadaily.com

No comments:

Post a Comment