Thursday, October 3, 2013

KERJASAMA PAS-UMNO BERSATU BUKAN MUSTAHIL - PROF. SIDEK BABA

Hasrat melihat UMNO dan Pas bekerjasama atau bersatu bukan sesuatu yang mustahil kerana kedua-dua parti itu mempunyai lebih banyak titik persamaan daripada perbezaan.

Tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata, selain kedua-dua parti dominan orang Melayu itu pernah bersama suatu ketika dahulu, ahli-ahli UMNO dan Pas juga adalah beragama Islam.

Katanya, kerajaan memerintah yang ditunjangi UMNO juga melaksanakan kerja-kerja Islam yang diperjuang Pas dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ilmu pengetahuan, ekonomi, perbankan, syariah, undang-undang, keluarga dan sebagainya.

Sumber: Utusan Malaysia
SINGKIR PENJAWAT AWAM "TAMAT TARIKH LUPUT"

Kumpulan pemerhati rasuah Transparency-International Malaysia (TI-M) menyifatkan ketirisan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini berpunca daripada sektor perkhidmatan awam terlalu besar.


TI-M berkata, perkhimatan awam di Malaysia perlu dikecilkan serta menyingkirkan pekerja "tamat tarikh luput" yang menunjukkan contoh tidak baik kepada pegawai bawahannya.


"TI-M berpendapat sektor perkhidmatan awam yang besar perlu dikecilkan, terutama ketika keadaan ekonomi sukar. Kerugian besar akan berterusan menjadi bebanan kepada orang awam selagi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mengambil langkah untuk membuang pekerja yang tidak cekap dalam mengendalikan dana awam," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga berkata, kerajaan digesa supaya mengikut jejak sektor swasta iaitu produktiviti dan disiplin menjadi keutamaan, bukannya terlalu bergantung kepada kuantiti.

Sumber: The Malaysian Insider
PAKATAN GESA PETRONAS DIAUDIT


Pakatan Rakyat (PR) menggesa Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut mengaudit syarikat petroleum negara, Petronas kerana mendakwa syarikat berkenaan tidak pernah diaudit sejak 38 tahun lalu.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 bukannya syarikat swasta dan seharusnya tidak terlepas daripada diaudit.

"Pagi ini selepas memeriksa Akta Petroleum 1974, walaupun Petronas ditubuhkan sejak 38 tahun lalu, jelas tidak pernah ada satu pun Laporan Audit Negara ke atas laporan kewangan syarikat minyak nasional ini.

"Laporan Audit Negara tidak dibenarkan untuk audit Petronas, daripada 1974 sehingga sekarang, kalau kita tahu, semua kementerian dan agensi kerajaan diaudit kecuali Petronas, kenapa Pertonas perlu dikecualikan,” katanya.

Nga turut menuntut supaya laporan Ketua Audit Negara 2012 yang diedarkan semalam dibentang untuk dibahaskan di Dewan Rakyat bagi melihat perbelanjaan Petronas.

Sebanyak 40 peratus keuntungan Petronas adalah sumber kewangan negara.

"Kita mengesyorkan Ketua Audit Negara yang dilantik Yang DiPertuan Agong, dibenarkan untuk audit dan laporan audit terhadap Petronas patut diserahkan kepada Dewan Rakyat untuk dibahas.

"Tetapi Akta sekarang ini hanya membenarkan seorang sahaja iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri kabinet tidak dibenarkan untuk akses kepada akaun (Petronas).

"Ini tidak lagi menepati keperluan kepentingan negara kita dan juga rakyat," katanya.

Sumber: The Malaysian Insider


PR TAWAR KERJASAMA BENTUK MAJLIS SELESAI KETIRISAN JABATAN KERAJAAN

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, PR menawarkan kerjasama dengan kerajaan untuk membentuk sebuah majlis bagi membantu menyelesaikan masalah ketirisan dalam jabatan kerajaan yang didakwa berlaku sejak sekian lama.

Lim berkata, majlis itu akan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama  Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Menurutnya, penubuhan majlis itu bertujuan supaya tindakan dapat diambil terhadap pegawai yang menyeleweng. Ia juga dapat pastikan reformasi  lebih sistematik dalam jabatan kerajaan.

Sumber: Makkal Osai

KD: Semacam tak kena apabila pembangkang menawarkan sesuatu yang 'bukan kepakarannya'.
PAPAN TANDA HAD LAJU USAH DIJADIKAN ‘PERANGKAP’

Banyak papan tanda amaran had laju di lebuh raya dan jalan Persekutuan didapati tidak munasabah seolah-olah mahu memerangkap pengguna. Keadaan ini menuntut kewajaran papan tanda dikaji semula.


Tambahan pula, kesalahan teknikal tidak sepatutnya disamakan dengan sikap pemandu yang adakalanya gemar memandu secara berbahaya di jalan raya.

Oleh itu, ketegasan pihak berkuasa untuk menghukum pesalah trafik janganlah sampai menyamakan pesalah teknikal dengan pemandu yang menjadikan jalan raya sebagai medan untuk memecut dan melanggar undang-undang.

Sumber: Lidah Pengarang, Berita Harian
PERKASA PERUNDANGAN UNTUK PERANGI JENAYAH BERAT 

Malaysia memerlukan 'senjata' atau mekanisme perundangan yang kuat dan kukuh untuk memerangi jenayah terancang dan jenayah berat.


Rozman Isli selaku Ahli Parlimen BN-Labuan menegaskan, aktiviti sedemikian sinonim dengan organisasi jenayah besar dan berpengaruh seperti Mafia, Yakuza atau kongsi gelap yang kuat dari aspek keanggotaan, ekonomi dan pengaruh hingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

Sumber: Berita Harian