Thursday, May 31, 2012

CADANGAN MUZAKARAH TAMPARAN BUAT DAP

Pas buktikan boleh bekerjasama dengan parti lain


Isu muzakarah dengan UMNO yang dibangkitkan PAS baru-baru ini dilihat mahu memberi tamparan kepasda DAP yang menolak pelaksanaan hudud diperjuangkan parti itu selama ini.

Penganalisis politik berpendapat, PAS mahu menunjukkan mereka boleh bekerjasama dendan parti lain tanpa DAP selepas Pengerusi DAP, Karpal Singh menempelak Presiden PAS, Datuk Seri Hadi berhubung kenyataannya mengenai pelaksanaan hudud dengan mengatakan Hadi tidak berhak bercakap bagi pihak pembangkang.

Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, DAP terlalu banyak melukakan perasaan pemimpin PAS akhir-akhir ini kerana ideologi perjuangan mereka berbeza, justeru membangkitkan isu bermuzakarah dengan UMNO yang sememangnya tidak disenangi DAP dan PKR.

(Sumber: BHarian 31/05/2012)

 
LEBUH RAYA RAKYAT: 
PEMUDA BN KELANTAN ANGGAP PAS RETORIK

Pemuda Barisan Nasional (BN) Kelantan menyifatkan Kerajaan PAS Kelantan bersikap retorik dengan memberi janji manis kononnya projek Lebuh Raya Rakyat akan dibangunkan dengan kos RM1.8 bilion, mampu memberi kesejahteraan kepasa penduduknya.

Pengerusinya,  Anuar Safian berkata, Kelantan hanya mampu ‘menggula-gulakan’ rakyat negeri ini melalui projek berkenaan, namun hakikatnya mereka tidak mampu melaksanakannya.

Katanya, kerajaan negeri tidak wajar mengutip derma daripada rakyat bagi membangunkan lebuh raya membabitkan kos tinggi dengan membuat gimik majlis pecah tanah dan pada masa sama, memohon derma.

(Sumber: BHarian 31/05/2012)
PRU-13: PM LEBIH TAHU MASA SESUAI



KUALA LUMPUR: Kepemimpinan UMNO yakin Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri lebih mengetahui masa paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Najib mendapat maklum balas daripada pelbagai sumber dan sudah tentu beliau akan mengambil kira semua pandangan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

TUTUP KES AZMIN: ARAHAN ANWAR BUKAN LUAR BIASA – DR.M
KUALA LUMPUR 30 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa.

Menurut Dr. Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

"Kalau dia mengarah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia biasa mengarah pegawai polis untuk menakutkan orang, itu pun dia biasa buat juga.

"Dia (Anwar) suruh polis 'gempaq' (menakutkan) pakar pergigian, (Allahyarham) Dr. Ristina Majid dan Ummi Hafilda (adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) yang terlibat dalam perbicaraan. Dia guna kuasa polis dengan cara salah," katanya.

Dr. Mahathir yang juga Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-26 di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan setiausaha sulitnya, Azmin Ali.

(Sumber: UtusanMalaysia 31/05/2012)