Tuesday, June 5, 2012

BERLALUNYA GERHANA BULAN SEPARA

Kepada sesiapa yang terlepas detik indah ciptaan Tuhan ini…

Fenomena falak iaitu gerhana bulan separa ini dapat dilihat di Pulau Mabul di Semporna, Sabah pada hari Isnin (4 Jun 2012) bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam tadi.


Indah dan menakjubkan!!


Kredit kepada http://www.zulkbo.com
3.6 JUTA PENGUNDI BELUM DAFTAR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) resah dengan sikap dingin 3.6 juta rakyat negara ini yang layak mengundi tetapi masih gagal mendaftarkan diri sebagai pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 600,000 orang diikuti beberapa negeri termasuk Johor (492,454), Wilayah Persekutuan (360,000), Perak (lebih 300,000) dan Kelantan (kira-kira 200,000).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Terengganu merupakan negeri terendah dengan catatan hanya 46,000 orang yang belum berbuat demikian.



PLAT WWW: MENTERI BIDA GUNA WANG RAKYAT?


Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mendakwa pihaknya kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti.

Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka.

Katanya, baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan  mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya. Beliau menambah, walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan.


SELANGOR PALING RAMAI BELUM DAFTAR MENGUNDI


KUALA TERENGGANU – Seramai 600,000 rakyat Selangor yang layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang masih belum mendaftar sebagai pengundi hingga hari ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bilangan tersebut sekaligus menjadikan negeri itu paling ramai orang yang layak mengundi tetapi belum mendaftar.

“Selangor mencatat jumlah layak mengundi belum mendaftar tertinggi dengan angkanya mencecah 600,000 orang daripada dua juta yang layak di negeri itu. Secara keseluruhan terdapat 3.65 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pemilih daripada 16.5 juta yang layak di seluruh negara,” katanya di sini hari ini.
Datuk Wan Ahmad Wan Omar
Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, bagaimanapun negeri lain seperti Johor, Kuala Lumpur, Perak dan Kelantan juga tidak terkecuali dalam hal itu kerana SPR mendapati masih ramai yang layak belum mendaftar.

Menurut beliau, terdapat hampir 500,000 orang belum mendaftar sebagai pemilih di Johor diikuti Kuala Lumpur seramai 350,000 orang dan Kelantan 200,000 orang.

Namun, katanya, beliau kagum dengan Terengganu kerana jumlah pengundinya yang belum mendaftar cuma sekitar 46,000 orang.

HIMPUNAN HIJAU vs HIMPUNAN BELIA


Perbandingan antara Himpunan Hijau dan Himpunan Sejuta Belia dari kacamata Bob Lokman - @ http://bm.harakahdaily.net