Tuesday, June 5, 2012

SELANGOR PALING RAMAI BELUM DAFTAR MENGUNDI


KUALA TERENGGANU – Seramai 600,000 rakyat Selangor yang layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang masih belum mendaftar sebagai pengundi hingga hari ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bilangan tersebut sekaligus menjadikan negeri itu paling ramai orang yang layak mengundi tetapi belum mendaftar.

“Selangor mencatat jumlah layak mengundi belum mendaftar tertinggi dengan angkanya mencecah 600,000 orang daripada dua juta yang layak di negeri itu. Secara keseluruhan terdapat 3.65 juta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pemilih daripada 16.5 juta yang layak di seluruh negara,” katanya di sini hari ini.
Datuk Wan Ahmad Wan Omar
Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, bagaimanapun negeri lain seperti Johor, Kuala Lumpur, Perak dan Kelantan juga tidak terkecuali dalam hal itu kerana SPR mendapati masih ramai yang layak belum mendaftar.

Menurut beliau, terdapat hampir 500,000 orang belum mendaftar sebagai pemilih di Johor diikuti Kuala Lumpur seramai 350,000 orang dan Kelantan 200,000 orang.

Namun, katanya, beliau kagum dengan Terengganu kerana jumlah pengundinya yang belum mendaftar cuma sekitar 46,000 orang.

No comments:

Post a Comment