Friday, May 25, 2012

PLAT ‘WWW’ PALING GLAMOR


Dilaporkan plat nombor “WWW” mencatatkan harga paling tertinggi dalam sejarah tempahan nombor pendaftaran kenderaan di Malaysia.

Malah, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengakui jumlah bidaan itu di luar jangkaan serta mengejutkan.

Sehinggakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga terpaksa bertungkus-lumus memproses serta menganalisis kesemua bidaan yang diterima berdasarkan empat kategori iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Jelas, bukan sekadar nombor, tapi plat berhuruf tiga W ini boleh dikatakan paling unik dan glamor, sesuai dengan kemeriahan media sosial dan media siber kini. Sebab itulah ia menjadi rebutan dan idaman semua.. 

KD: Antara tarikan & tafsiran menarik di sebalik WWW :
  •         W3 / W3C
  •         ulangan huruf W sebanyak 3 kali
  •           sekilas pandang seperti mata gergaji
Tidak sabar rasanya melihat kenderaan mana yang bakal menyusur di jalanan bersama plat glamor ini..
MBPPWP ANJUR BERSIH 4.0 DI BUKIT JALIL

Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Dan Penduduk Warga Kota (MBPPWP) akan menganjurkan perhimpunan raksasa BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan di Stadium Nasional Bukit jalil pada 23 Jun ini.

Pengerusi MBPPWP, Datuk Jamal Md Yunus berkata, perhimpunan itu adalah perjuangan mereka yang tidak mahu melihat kekecohan di negara ini.

Pihaknya menjangkakan lebih 150,000 orang akan hadir memberi sokongan.

KD: Perhimpunan lagi… rasanya generasi kini memang gemar berhimpun beramai-ramai..
CUEPACS HARGAI PENJAWAT WANITA


KUALA LUMPUR: CUEPACS meminta penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta dengan cuti tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh berbanding lima sekarang.

Kesatuan itu mencadangkan mereka bersalin di hospital swasta yang dilantik sebagai panel oleh kerajaan hanya sehingga kelahiran ketiga dan kemudahan wad kelas pertama hospital kerajaan untuk anak berikutnya.

Cadangan itu bertujuan menghargai sumbangan kira-kira 630,000 penjawat awam wanita yang meliputi 45 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam.

Ia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem Saraan Baru (SSM) yang ditubuhkan nanti.

4 CADANGAN tersebut ialah:
1)       Bersalin di hospital swasta sehingga anak ketiga
2)       Wad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak keempat dan seterusnya
3)       Cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh
4)       Cuti tanpa rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat

KD: Antara bersetuju dan tidak.. cadangan keempat  disokong, cadangan pertama perlu dikaji semula, manakala cadangan kedua dan ketiga dilihat kurang relevan. Ini kerana setiap keputusan dan tindakan sememangnya memerlukan tolak-ansur namun perkara yang yang perlu difikirakan ialah kesan serta impak mutu kerja penjawat itu sendiri dan penjawat yang lain.