Tuesday, November 27, 2012

GEJALA LGBT MENULAR KE BANDAR KECIL?

Gejala LGBT Menular Ke Bandar Kecil?KUALA TERENGGANU – Penduduk di bandar-bandar kecil wajar berwaspada kerana Gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dipercayai mula menular ke kawasan seperti itu.

Perkara itu didedahkan oleh Pakar motivasi dan kaunselor, Hushim Salleh pada satu seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT anjuran Pejabat Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini.

“Kita cukup bimbang dengan aktiviti LGBT sejak kebelakangan ini kerana kini ia sudah mula dikesan merebak di bandar-bandar kecil.

“Lebih membimbangkan apabila ia melibatkan semua kaum dan turut membabitkan golongan terpelajar dan profesional,” dakwanya.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri seminar itu melibatkan 292 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Dakwa Hushim, situasi itu berlaku kerana golongan muda mempunyai ruang untuk berkomunikasi dengan golongan LGBT melalui internet, facebook, twiter dan media elektronik lain. -http://mynewshub.my

KD: Ini sudah tidak bagus... kenapa, mengapa budaya terpesong sebegini mudah benar menjadi ikutan??
AHLI PARLIMEN DILARANG KELUARKAN KENYATAAN SEKSIS

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Ahli Parlimen akan dilarang daripada mengeluarkan sebarang kenyataan seksis semasa bersidang menerusi usul yang akan dibentang di Dewan Rakyat esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pindaan itu akan dibahaskan dan setelah diluluskan, Malaysia bakal menjadi negara pertama di dunia mempunyai peraturan sebegitu.

"Kita akan menjadi satu-satunya negara mempunyai peraturan ini, Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada kata-kata seseorang Ahli Parlimen itu seksis atau tidak," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, perubahan itu merupakan pindaan kepada Peraturan Mesyuarat 36 (4) sedia ada yang menyebut: Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-Ahli Dewan menggunakan bahasa kurang sopan (biadab).

Pindaan yang akan diusulkan dalam peraturan mesyuarat esok pula akan berbunyi: Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-Ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat pernyataan yang seksis.

Mohamed Nazri menambah, peraturan itu terpakai kepada Ahli Parlimen lelaki dan wanita. –UtusanOnline

KD: Itulah yang sewajarnya..
PM MAHU HARIMAU MALAYA BANGKIT

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pasukan Harimau Malaya bangkit semula selepas tewas kepada Singapura dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF semalam.

''Walaupun keputusan bukan di pihak kita, kita semua mahu Harimau Malaya bangkit semula.

Malaysia, raihlah kemenangan pada perlawanan seterusnya,'' katanya dalam laman Twitternya, hari ini.

Pasukan Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Singapura dalam perlawanan itu yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Ahad lalu.

Malaysia akan menentang Laos Rabu ini sebelum bertemu Indonesia pada 1 Disember. -UtusanOnline

KD: Bukan sahaja PM, malah semua rakyat Malaysia mempunyai harapan yang sama..