Saturday, March 16, 2013

MISUARI BERNIAT UNTUK TAKLUK SABAH :WIKILEAKS

altBekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) jelas mempunyai niat untuk menakluk Sabah daripada Malaysia.

Hasratnya itu didedahkan oleh Wikileaks pada 11 Mar 2007 dalam artikel siri 07MANILA1534, 'Nur Misuari Back On Jolo, Amid New Fighting' mendedahkan 10 perkara berkaitan isu Sabah dan isu-isu dalaman Filipina.

Perkara 6 artikel tersebut menghuraikan hasrat Misuari yang tinggi untuk menawan Sabah dan masih menyimpan perasaan marah kepada Malaysia kerana menahan beliau kemudian menyerahkan kepada pihak berkuasa Filipina pada 2002 untuk tindakan lanjut.

Wikileaks yang memetik Peguam MNLF Ombra Jainal yang mendedahkan hasrat Misuari itu menjelaskan Misuari pernah memeberitahu pemimpin kanan Angkatan Tentera Filipina (AFP) Mejar Jeneral Ben Dolofirno, sekiranya masanya adalah tepat "MNLF boleh menakluk Sabah bermula jam 5 pagi dan mengawal sepenuhnya pada jam 7 pagi."

Misuari turut dilaporkan mengaku bahawa beliau merupakan pewaris Sabah yang sah mengikut 'pertalian darahnya' dan menyalahkan agen Malaysia kerana menimbulkan  keadaan huru-hara di Sulu.

Misuari yang masih mempunyai ramai pengikut di Filipina diberitahu Dolofirno bahawa beliau mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dan menyofatkan beliau sebagai 'rakan lama'.

Jelas Dolofirno, Malaysia bukan sahaja mengingatkan Misuari mengenai niatnya untuk menakluk Sabah tetapi juga menegaskannya supaya tidak mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Beliau yang pernah mengadakan beberapa pertemuan dengan wakil Malaysia ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkenaan hal berkenaan dan kemudiannya akur dengan keputusan tersebut.

Dalam pada itu, Sultan Fuad Kiram yang menggelarkan dirinya waris Kesultanan Sulu pernah menganugerahkan kepada Misuari gelaran 'Datu' yang membawa maksud Putera di Raja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara, semasa beliau menjalani tempoh tahanan dirumahnya sendiri pada 14 Mac.

Kiram kemudiannya menghadiri Majlis Ulang Tahun Kemerdekaan MNLF pada 18 Mac sebagai tetamu kehormat.

Pada majlis tersebut, Ketua Penasihat Kiram menggelarkan beliau sebagai waris Sulu yang sah. –KLPos