Monday, June 4, 2012

BLOG DAKWA KERAJAAN BAYAR RM2.4 JUTA UNTUK ARTIS K-POP

KUALA LUMPUR 1 Jun: Sebuah blog mendedahkan kerajaan membayar  RM2.4 juta untuk menganjurkan persembahan artis pop Korea pada sambutan Hari Belia Negara 2012 di  Putrajaya baru-baru ini.

Jumlah itu sebahagian daripada bayaran tuntutan sebanyak RM15 juta yang dibuat Stadium First, syarikat yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan program tersebut.

Manakala kos untuk memanggil artis tempatan pula melibatkan RM1.8 juta, berdasarkan dokumen tuntutan perbelanjaan yang diperoleh blog terbabit.

Blog bernama anaksungaiderhaka.blogspot itu turut menyiarkan dokumen daripada syarikat berkenaan yang menuntut sebahagian bayaran berjumlah RM10,613,993 daripada jumlah keseluruhan kos.



DR M: KEBEBASAN INTERNET PERLU ADA BATASNYA

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Putrajaya supaya memikirkan kembali berkenaan kebebasan Internet, yang mana sebelum ini beliau berkata Internet tidak perlu disekat.

Mantan perdana menteri itu berkata, kerajaan perlu dibenarkan mencari jalan menapis kekotoran yang masuk melalui internet dan mengambil tindakan.

“Negara perlu dibenarkan menapis segala kekotoran yang masuk melalui Internet. Sudah tentunya jika boleh ada kawalan ia baik.

“Tetapi jika peraturan itu dilanggar, perlu ada kuasa untuk menguatkuasa dan menghukum,” katanya.

Beliau yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama dua dekad hingga tahun 2003 sebelum ini berkata, Malaysia tidak akan mengadakan sekatan terhadap Internet sebagai sebahagian usaha kerajaan pimpinannya pada masa itu membangunkan Multimedia Super Corridor.

Beliau turut mengulangi kenyataan sama pada Sidang Kemuncak Tahunan Ketiga Pemimpin Pelajar Malaysia pada Ogos tahun lalu, walaupun mencadangkan tindakan disiplin dikenakan terhadap pesalah Internet.

“Sebagai contoh, terlalu banyak keganasan yang divetuskan oleh Internet.

“Untuk itu, saya rasa kita ada hak untuk mengharamkan, tapi, saya rasa dari segi politiknya, jika tidak berlaku perkara itu, ia tidak perlu ditapis,” katanya sebelum ini dipetik Bernama.

Bagaimanapun, perdana menteri yang pernah memerintah negara ini selama 22 tahun dan masih lagi berpengaruh berkata, beliau pada ketika itu tidak menyedari keupayaan sebenar Internet.

“Apabila saya katakan tidak perlu ada penapisan Internet, saya benar-benar tidak menyedari kuasa Internet, kuasa untuk menurunkan nilai moral, menimbulkan masalah, dan kemarahan.

“Oleh itu, kita perlu memikirkan semula kebebasan mutlak yang diberikan kepada Internet,” katanya.


Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/
RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN RASIS SELEPAS PRU 2008 - TENG CHANG YEOW


Rakyat Malaysia telah menjadi semakin rasis sejak pilihan raya 2008, kata Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow menolak dakwaan rakyat semakin bersedia menerima politik bukan berasaskan perkauman.

 Setiausaha Agung Gerakan menjelaskan sebagai parti multi etnik, parti itu mendapati lebih sukar untuk membincangkan perkara berkenaan bukan perkauman sejak beberapa tahun lalu.

 Beliau menambah, selepas pilihan raya, lebih banyak pertubuhan berasaskan kaum seperti Perkasa ditubuhkan, dan menambahkan situasi ketegangan kaum di negara ini.

Teng  menjelaskan, ia menjadi lebih sukar untuk menyebarkan fahaman kepelbagaian bangsa dengan Gerakan, walaupun parti itu bukanlah bersifatkan perkauman.

 Beliau menjelaskan ahlinya sentiasa merungut apabila terdapatnya cadangan untuk melantik bukan Cina di peringkat tertinggi, melihatkan dakwaan parti itu bersifat multirasial adalah sekadar retorik.

 Beliau turut menjelaskan hanya 15 peratus daripada 400,000 ahlinya adalah bukan Melayu, jauh daripada matlamat Gerakan menjadi parti "rakyat Malaysia."

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/