KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar,
menegur tindakan pihak tertentu yang menghasut masyarakat supaya menolak
pembangunan dilaksanakan kerajaan di negeri ini dengan membuat bantahan serta
permintaan tidak munasabah.
Baginda bertitah, tindakan itu menyebabkan rakyat akan terus tersisih dan terpinggir daripada arus pembangunan yang mampu memberikan kehidupan lebih terjamin.
Baginda bertitah, tindakan itu menyebabkan rakyat akan terus tersisih dan terpinggir daripada arus pembangunan yang mampu memberikan kehidupan lebih terjamin.
“Saya terdengar suara sumbang yang seakan-akan mahu
menolak pembangunan yang hendak dilaksanakan kerajaan dan tidak mahu berubah.
“Jika saudara-saudari tidak mahu berubah, maka rakyat
akan terus tersisih dan terpinggir daripada arus pembangunan.
“Saya amat kesal dengan segelintir masyarakat cuba
menentang pembangunan di Pengerang dan ada juga kumpulan yang cuma mengambil
kesempatan menghasut orang di sini supaya membuat bantahan serta permintaan
bukan-bukan,” titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada majlis pelancaran
Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dekat
Pengerang, di sini, semalam. Turut berangkat, lima putera baginda termasuk
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tunku Temenggong, Tunku Idris.
No comments:
Post a Comment