Pada tarikh
ini tercetus pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina. Ia merupakan
kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi. Tragedi
tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai
diumumkan.
Apakah yang berlaku dan apakah iktibar di sebalik sejarah hitam ini?
1.
Kehilangan Nyawa dan Harta Benda
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan
sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu
dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang
paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan
kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga
yang terlibat.
2.
Perintah Berkurung
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan
terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan
pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan
mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk
terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum
kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan
seperti menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan saling berhubungan
antara kaum. Selain itu, segala aktiviti harian masyarakat tersekat.
3.
Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada
musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk
memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan
jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini
ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang
berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan
isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh
dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan
penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan
penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing
Barat Jordon oleh kuasa Israel, dan penindasan secara kejam terhadap rakyat
Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .
4.
Perpaduan Nasional
Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita
pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan
masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang
berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik
sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap
hormat-menghormati, bertolak-ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat
yang terkeji seperti dengki, beriri hati dan menanam sifat curiga di antara
kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya dan pegangan agama
di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada
kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa
kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum
lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu
dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat. Pendek kata
tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.
5.
Keadilan Ekonomi
Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan
masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya
menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu
kaum sahaja.Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa
majoroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah
berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam
masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian
hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi
nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan
satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu :
(i)
Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,
(ii)
Menyusun semula masyarakat,
Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau
hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut
bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan
golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan
dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.
Akhir kata, semoga tragedi sebegini tidak akan berulang
lagi demi keamanan, negara dan perpaduan negara Malaysia yang tercinta ini.
(Sumber: http://miqdad-hak.blogspot.com/)
No comments:
Post a Comment