TASEK GELUGOR: Perjuangan membela orang Melayu termasuk
dalam bidang keusahawanan dan ekonomi yang kini berada di landasan yang betul
akan terjejas jika pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed
Yakcop, berkata pelbagai inisiatif dilakukan oleh kerajaan sejak merdeka
mencapai banyak kejayaan sehingga pemilikan ekuiti Bumiputera meningkat
daripada dua peratus kepada 23.09 peratus pada 2010.
Dengan pelbagai inisiatif itu, beliau yakin sasaran 30
peratus pemilikan ekuiti oleh Bumiputera pada 2020 iaitu apabila negara menjadi
negara maju, akan dapat dicapai.
“Bagaimanapun, jika BN kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13), kita akan kembali ke zaman pemerintahan Alfonso de Albuquerque (Portugis)
di Melaka pada 1511, di mana nasib orang Melayu tidak terbela.
“Inilah musibah dan tragedi yang melanda apabila kita
hilang kuasa... agenda (membela) orang Melayu akan terhapus, dijajah dan
menjadi hamba abdi. Inilah yang akan berlaku (jika BN kalah),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tindakan
Ekonomi Melayu Berhad (MTEM) Zon Utara dan Projek Usahawan Gemilang di Dewan
Besar Sungai Dua di sini, semalam. Hadir sama, Ahli Pemegang Amanah MTEM, Rizal
Faris Mohideen Abdul Kader.
(sumber: bloglistpolitik.blogspot.com) |
KD: Ni dia peratusan
sokongan rakyat antara parti di Malaysia..
1) kerajaan =
memuaskan..
2) pembangkang = kurang
memuaskan..
3) tidak pasti = ? & agak
merisaukan..
No comments:
Post a Comment