Wednesday, September 26, 2012

HANYA KAPITALIS SOKONG HOMOSEKSUAL

WASHINGTON 25 Sept. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam berkata, menyokong golongan homoseksual merupakan amalan kumpulan kapitalis yang tidak mempedulikan nilai diri sebenar manusia.

Beliau dalam wawancaranya bersama stesen televisyen CNN berkata, aktiviti homoseksual merupakan kelakuan buruk yang dilarang oleh semua agama dan kepercayaan.

Namun jelasnya, hanya disebabkan beberapa negara bertolak-ansur dalam soal homoseksual, ia tidak bermakna kritikan beliau itu menafikan hak kebebasan rakyat.

Beliau mencemuh sikap ahli politik dan parti yang meluluskan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual hanya semata-mata untuk memenangi empat atau lima undi tambahan.

Secara umumnya, beliau berkata, menyokong aktiviti tidak bermoral itu tidak ada kaitan dalam membantu pembangunan manusia.

"Sokongan terhadap homoseksual hanya berada pada pemikiran kapitalis tegar dan mereka yang ingin mengambil kesempatan sahaja, bukannya mementingkan nilai-nilai manusia," katanya.

Ahmadinejad mendakwa, lebih ramai individu memilih menjadi homoseksual berbanding dilahirkan dalam keadaan sedemikian.

Katanya, dunia masa kini menghadapi masalah lebih besar seperti kemiskinan, penindasan dan pemerintahan diktator yang perlu diselesaikan. – AFP/Utusan Online

KD: Mungkinkah penyokong-penyokong LGBT juga tergolong dalam kumpulan kapitalis itu?

No comments:

Post a Comment