Kira-kira 112,000 warga peneroka Felda hari ini
mendapat khabar gembira yang membolehkan mereka tersenyum lebar apabila Datuk
Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM15,000
untuk setiap keluarga
|
JERANTUT: Datuk
Seri Najib Razak berkata, pembangkang kini sudah kehabisan modal selepas segala
usaha untuk menggagalkan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH)
tidak berjaya.
Perdana Menteri
berkata, bagi pembangkang segala usaha yang dilaksanakan kerajaan walaupun
untuk manfaat rakyat semuanya tidak betul.
“Pembangkang
melihat semua yang baik kita mahu buat untuk kebaikan rakyat hendak
dipolitikkan. Apa yang menguntungkan (kerajaan) diselewengkan kenyataan dan
fakta supaya pemikiran rakyat bercelaru.
“Semua (yang
berlaku) nak salahkan UMNO, hingga anak yang tidak pedulikan emak pun
disalahkan UMNO. Hebat sangat UMNO ni sampai hal dalam kelambu pun ada
pengaruh,” katanya pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di
FELDA Jengka 8 di sini, semalam.
Hadir sama, isteri
Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan
Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan
Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Najib juga
menempelak pembangkang dan peneroka yang terpengaruh menentang penyenaraian
FGVH dan mencelarukan pemikiran rakyat.
“Jika mereka tidak boleh menang hati rakyat mereka
kelirukan pemikiran kita... tidak usahlah nak cuba khianati apa yang kita buat
lepas itu (dengan) muka tebal nak pula terima durian runtuh.
“Saya tidak rela dan reda mereka ini menerima (durian
runtuh)... mereka ini jadikan penyenaraian ini sebagai satu isu kontroversi
walaupun sebenarnya ia kebaikan untuk masyarakat FELDA dan rakyat.
“Jadi kita sudah buktikan bahawa apa dirancang sudah kita
tepati dan berkongsi kekayaan FELDA ini dengan negara. Apa yang mereka dakwa
tidak benar dan kerana mereka hanya mahu halang dan menafikan kemakmuran
peneroka dan rakyat Malaysia,” katanya.
(BHARIAN 09/05/2012)
(BHARIAN 09/05/2012)
No comments:
Post a Comment