Thursday, May 24, 2012

ANWAR GUNA PELBAGAI HELAH HALANG MUZAKARAH?


Akhbar Berita Harian melaporkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan apa saja helah untuk menghalang UMNO dan PAS daripada bermuzakarah.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, Penasihat PKR itu bimbang muzakarah antara kedua-dua parti akan mengukuhkan sokongan Melayu terhadap UMNO dan PAS, sekali gus menyekat kemaraan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan.

KD sememangnya hairan bagaimana mungkin seorang pemimpin boleh berfikiran sebegini. Sepatutnya perkara yang baik, wajar disokong dan diteruskan. Tetapi, bila mana perkara sebegini berlaku, terbit kesangsian terhadap komitmen seorang pemimpin - sama ada mahu memeperjuangkan rakyat dan negaranya atau hanya mahu memperjuangkan kepentingan politiknya sahaja. 

Ingatlah wahai pemimpin, amanah memimpin adalah tanggungjawab yang terlalu berat, namun amatlah berharga jika apa yang diperjuangkan membawa keberkatan dan kemenangan bersama.

No comments:

Post a Comment