SERDANG:
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menyeru dan menasihati
pelajar universiti terutama Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya tidak
membabitkan diri dengan demonstrasi jalanan.
Sambil
menyifatkan demonstrasi sebagai satu gejala, Sultan Sharafuddin yang juga
Canselor UPM bertitah, ia tidak bersesuaian dengan budaya rakyat negara ini
yang akhirnya mengundang pelbagai masalah.
Baginda
bertitah, pihak yang terbabit dalam demonstrasi secara tidak langsung akan
melanggar undang-undang seperti merosakkan harta benda awam, melanggar perintah
polis sehingga ada yang berani mencabar dan mencederakan polis.
“Adalah menjadi kebiasaan manusia apabila
mereka berkumpul secara beramai-ramai dan berarak di bandar raya, ia akan
mencetuskan huru hara kerana ada bertindak mengikut emosi tidak terkawal.
“Oleh itu,
Beta tidak berkenan pelajar UPM membabitkan diri dalam demonstrasi sebegini
yang boleh mendedahkan pelajar kepada tindakan undang-undang, seterusnya
tuduhan di mahkamah dan tindakan membuang pelajar,” titah baginda pada majlis
Gemilang Akademia Putra UPM 2011, di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment