Ketua Pembangkang akui lebih mempercayai Kit Siang, tak kisah dipergunakan
IPOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Katanya, beliau lebih mempercayai pemimpin DAP dan mendengar nasihat mereka berbanding mana-mana pemimpin dalam UMNO.“Dalam Perhimpunan Agung UMNO, Najib (Perdana Menteri) kata Anwar ini bahaya kerana jika dia menjadi Perdana Menteri, dia akan dipergunakan oleh DAP, oleh orang Cina.
“Ada saya kisah? Saya tidak kisah jika terima nasihat dan pandangan daripada Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kerana saya lebih yakin dan percaya dengan beliau daripada UMNO... saya tidak bersikap apologetik (tidak akan menyesali mengenai perkara itu).
“You can quote me on this (Awak boleh petik kata-kata saya) dan jadikan ia sebagai headlines (berita utama) esok,” katanya merujuk kepada pemberita yang hadir pada ceramah perdana sempena Konvensyen Pakatan Pembangkang Perak di sini, malam kelmarin.
Baca lebih lanjut di: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AnwarrelajadikudaDAP/Article/
KD: Kenyataan sebeginilah yang kurang
menyenangkan hati KD.. bukan memusuhi sesiapa, atau terlalu arif tentang
politik, tetapi sebagai salah seorang rakyat negara ini, KD merasakan seorang
pemimpin tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang terlalu bersahaja seperti
ini.. ini kerana, setiap perkataan yang keluar dari bibir seorang pemimpin
bukan sahaja memberi kesan positif @negatif terhadap rakyat, malah turut
memberi kesan terhadap negaranya.. jadi wahai pemimpin, berhati-hati dalam
berkata-kata..
No comments:
Post a Comment