Thursday, May 3, 2012

AKSI SEKS: PELBAGAI PIHAK CABAR AZMIN SAMAN BLOG


SHAH ALAM: Pelbagai pihak mencabar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali membuat laporan polis dan mengambil tindakan mahkamah terhadap blog yang menyiarkan gambar aksi seks lelaki miripnya untuk membersihkan namanya.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, berkata Azmin wajar mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan perkara itu tidak benar dan sengaja diada-adakan.


Katanya, pemimpin kanan PKR itu mempunyai hak untuk membersihkan diri daripada segala tohmahan termasuk dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit dalam penyebaran gambar berkenaan.


“Azmin mesti membersihkan diri. Ambil tindakan undang-undang macam saya. Saya dulu ditohmah dengan pelbagai skandal yang mengaibkan saya tapi saya tahu saya di pihak yang benar dan saya mengambil tindakan undang-undang. Akhirnya saya terbukti tidak bersalah.

“Rakyat mahu mengetahui perkara sebenar dan mereka mesti mengambil tindakan segera supaya rakyat tahu mereka bersalah atau tidak,” katanya.

Kelmarin, Azmin menafikan lelaki itu dirinya dan mendakwa ia dilakukan pihak tertentu semata-mata untuk memburukkannya.

Di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut mencabar Azmin menyaman pemilik blog yang memaparkan aksi seks lelaki mirip beliau. 


“Individu itu seharusnya berani tampil dan tidak hanya berdiam diri kerana mahkamah boleh menentukan kesahihannya. Saya minta tuan punya diri saman sesiapa yang mendedahkan gambarnya serta mendakwa mereka yang berkenaan di mahkamah.

“Jika tidak mahu mengambil tindakan undang-undang, rakyat perlu menilai sendiri,” katanya.

Mohd Ali berkata, beliau akan berasa hairan sekiranya Azmin enggan menyaman pihak terbabit kerana tindakan seperti itu bukan perkara baru bagi mereka.

Di BATU PAHAT, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi meminta membuat laporan polis dan menyaman pengendali blog, jika benar tidak bersalah.

“Sekiranya Azmin benar-benar yakin beliau tidak bersalah, beliau perlu segera membuat laporan supaya pihak berkuasa dapat membuat siasatan, sekali gus menghapuskan kesangsian rakyat.


Sumber: Berita Harian


KD: Satu lagi laporan skandal seks yang mengejutkan dan mendebarkan, terutama apabila si pelakunya membabitkan pemimpin politik... kesahihan masih menjadi tanda tanya.. wahai pemimpin yang disyaki, sila beri respon, agar rakyat tidak terus tertanya-tanya.

No comments:

Post a Comment