Thursday, June 14, 2012

TIDAK MAMPU BAYAR HUTANG KERETA PUNCA UTAMA RAKYAT MALAYSIA BANKRAP

KUALA LUMPUR: Tidak mampu membayar hutang sewa beli kenderaan merupakan punca utama kebankrapan rakyat Malaysia, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata ia mencatatkan sebanyak 29,338 kes (25 peratus) daripada 116,379 kes yang direkodkan sejak 2005 hingga April lalu.

Punca kedua tertinggi ialah ketikdakmampuan membayar pinjaman peribadi melibatkan 15,299 kes (13 peratus), ia diikuti dengan pinjaman perumahan 14,327 kes (12 peratus), pinjaman perniagaan 13,107 kes (11 peratus) dan pinjaman korporat 6,127 kes (lima peratus).

Bagi pecahan mengikut umur pula, Nazri berkata, umur 35 hingga 45 tahun mencatatkan jumlah paling ramai, sebanyak 37,493 kes (32 peratus).

Selain itu, Mohamed Nazri berkata kerajaan sedang mempertimbang cadangan mengurangkan tempoh pelepasan kebankrapan melalui pembaharuan undang-undang insolvensi.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri turut menasihatkan setiap peminjam terutama hutang sosial dan pendidikan agar bertanggungjawab atas pinjaman masing-masing supaya tidak membebankan penjamin sehingga diisytiharkan bankrap. 


KD:  Masyarakat kita kini telah terperangkap dalam fenomena suka berhutang yang kurang sihat, tetapi dianggap sebagai sihat oleh mereka. Amat pilu dan menyedihkan lagi, yang terlibat dalam fenomena ini juga adalah orang melayu yang Islam merupakan akidah dan pegangan mereka. Hari demi hari keadaan ini makin memilukan apabila aktiviti berhutang telah menjadi asas kepada kehidupan masyarakat dewasa ini.

Tidak dinafikan berhutang adalah diharuskan dalam Islam bagi mereka yang memerlukan dan berhajat kepadanya, namun dalam masa yang sama perlu juga kita tahu bahawa Islam sesekali tidak menggalakkan berhutang dijadikan sebagai cara untuk bermewah-mewah, bermegah-megah dan dibuat dengan berleluasa tanpa keperluan dan  asas yang kukuh.

Lebih memilukan lagi terdapat sesetengah orang yang beranggapan hutang merupakan mekanisma, kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.

Kesannya makin ramai individu yang berkemampuan membuat pembelian dan transaksi secara tunai telah memilih untuk berhutang dalam mendapatkan apa yang mereka iginkan seperti membeli rumah, kereta, perabut dan sebagainya. Alasan mereka, jika perbelian dibuat secara tunai maka mereka akan rugi.

No comments:

Post a Comment