Thursday, March 15, 2012


BUDAK 2 TAHUN MATI LEMAS DI TASIK TITIWANGSA

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang hilang ketika bermain di taman permainan dekat Tasik Titiwangsa di sini, semalam, ditemui terapung setelah lemas di tasik itu pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat kanak-kanak malang itu ditemui terapung berhampiran kawasan permainan di taman itu oleh orang ramai pada pukul 7.30 pagi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
“Pada kejadian, kanak-kanak tersebut bersama ibunya berumur 18 tahun serta ibu saudaranya berkelah di situ,” katanya kepada pemberita hari ini.


Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai tergelincir semasa bermain di padang permainan itu dan selepas dilaporkan hilang, usaha mencari dilakukan sehingga pukul 12.30 tengah malam tadi. – BERNAMA


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kepada ibubapa awasilah anak-anak kita. Jangan biarkan nasi jadi bubur. Menyesal pun sudah tiada guna. Kita hanya mampu berusaha namun Allah yang menentukan segalanya.

No comments:

Post a Comment