Tuesday, March 6, 2012

MURID TAHUN SATU TRAUMA DIBULI

SEREMBAN 5 Mac– Seorang ibu mendakwa anak sulungnya yang merupakan murid tahun satu sebuah sekolah kebangsaan di sini mengalami lebam teruk di seluruh tubuh dipercayai menjadi mangsa buli tiga pelajar senior yang meminta wang daripada mangsa.

Suzianawati Mohamad, 33, berkata, Faqrul Hakimi Mohd. Kamarulzaman, 7, mengalami lebam-lebam di muka, badan, paha dan betis dipercayai dipukul dengan objek keras dalam kejadian Jumaat lalu.

Akibatnya, kata beliau, anaknya itu kini trauma sehingga sukar untuk menerangkan kepadanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

SUZIANAWATI menunjukkan kesan-kesan lebam pada belakang tubuh Faqrul yang didakwa dipukul murid senior. Sumber: Utusan Malaysia


Apa cerita pulak ni?? Tak habis-habis dengan ISU BULI DI SEKOLAH!!! Apakah sekolah bukan lagi tempat yang selamat untuk anak-anak kita?  Dalam hal ini, siapa yang harus dipersalahkan? Ibu bapa pastinya menyalahkan pihak sekolah, manakala pihak sekolah pula pasti sudah 'tidak menang tangan' mengawal insiden sebegini. Jadi, apakah jalan penyudahnya??!!!

No comments:

Post a Comment