KUALA LUMPUR: DAP tidak sesuai untuk orang Melayu kerana parti itu
bersikap pilih kasih dengan mengutamakan kepentingan satu kaum, selain tidak
mengiktiraf sumbangan pemimpin Melayu.
Malah, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mendakwa parti itu
juga tidak memberi peluang kepada pemimpin Melayu untuk menyatakan hak dan
pendapat mereka.
Bekas Setiausaha Organisasi DAP bahagian Jelutong juga berkata mana-mana
pemimpin yang tidak sehaluan atau menentang akan dicantas oleh pemimpin
tertinggi parti.
“Apa yang diputuskan oleh parti, kita terpaksa setuju walaupun tidak
bersependapat dengannya. Pemimpin Melayu tidak diberi peluang untuk menyatakan
hak,” katanya ketika mengulas keputusan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul
Aziz Tunku Ibrahim yang keluar dari parti itu, kelmarin, berikutan tiada persefahaman
dengan kepimpinan tertinggi parti terbabit.
Mohamed Razali dipecat daripada DAP pada 6 Julai tahun lalu selepas
pendedahannya mengenai penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara
di Pulau Pinang pada Mei 2011.
Berikutan itu, Mohamed Razali menyifatkan keputusan Tunku Abdul Aziz
keluar DAP bukan sesuatu yang mengejutkannya, malah ia sudah dijangka lebih
awal.
Beliau berharap keputusan Tunku Abdul Aziz itu akan menyedarkan lebih
ramai pemimpin dan ahli Melayu dalam DAP mengenai perjuangan parti yang
didominasi kaum Cina itu.
“Saya percaya, mereka akan sedar bahawa DAP bukan parti yang demokrasi
untuk semua kaum, sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan satu kaum saja,”
katanya yang mengakui membuat kesilapan ketika menyertai parti itu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M
Manoharan meminta Tunku Abdul Aziz supaya mempertimbangkan semula keputusannya
keluar parti.
“Perjuangan masih banyak belum selesai. Walaupun DAP seolah-olah nampak
hanya mengutamakan satu kaum, pada hakikatnya ia adil,” katanya yang pernah
digantung keahlian selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan, Jalur
Gemilang perlu ditukar, September tahun lalu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd
Noor yang kini berada di luar negara akan membuat kenyataannya selepas pulang.
(BHarian 16/05/2012)
KD: Nampaknya kebelakangan ini terlalu banyak kemelut yang melanda DAP. Apakah ini menunjukkan parti ini semakin goyah atau kontroversi yang melanda DAP membolehkan rakyat berfikir semula..
KD: Nampaknya kebelakangan ini terlalu banyak kemelut yang melanda DAP. Apakah ini menunjukkan parti ini semakin goyah atau kontroversi yang melanda DAP membolehkan rakyat berfikir semula..
No comments:
Post a Comment