PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Isnin
memutuskan untuk berpegang kepada persetujuan yang dicapai dalam buku Jingga di
mana pelaksanaan hukum hudud bukan merupakan sebahagian polisi bersama mereka
walaupun terdapat perbezaan pendapat antara PAS dan DAP dalam isu berkenaan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata
walaupun terdapat perbezaan ideologi antara PAS dan DAP mereka akan tetap
berpegang kepada persetujuan yang dibuat dalam buku Jingga pada 28 September
lalu.
“Kita masih terikat dengan kenyataan pada 28 September,
matlamat utama kita adalah penambahbaikan ekonomi, sebarang perubahan tertakluk
kepada Perlembagaan dan polisi bersama yang telah dipersetujui sebelum ini,”
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR
selama hampir tiga jam di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berkata parti itu menghormati perbezaan ideologi dan agama yang terdapat dalam
PR kerana ada isu yang lebih penting iaitu menuntut pilihan raya bersih dan
adil adalah lebih penting ketika ini berbanding pelaksaan hukum hudud.
“Kita sudah membuat kenyataan dalam isu ini sejak 28
September lalu. Kita tetap berpegang teguh mempertahankan kenyataan bersama
yang telah kita persetujui seperti mana yang terkandung dalam buku Jingga.
“Dalam masa yang sama kita menghormati perbezaan ideologi
dan perbezaan agama yang terdapat dalam PR. Kita mahu selesaikan isu ini bukan
melalui media tetapi dengan perbincangan dalaman,” katanya.
Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan
bahawa, ketiga-tiga parti telah bersetuju bahawa sebarang perubahan polisi
mesti mendapat persetujuan bersama secara konsensus.
“Ketiga-tiga parti telah bersetuju dalam isu pelaksanaan
hudud. Bagi pihak kami (DAP), sangat jelas bahawa ia tidak termasuk dalam
persetujuan bersama dalam Buku Jingga tetapi kami menghormati pendirian PAS
dalam isu ini,” katanya.
Sumber: http://www.klxpress.com.my
KD:
Oooo..begitu ceritanya.. Tapi, semacam pelik dan keliru bagaimana isu ini terus
menjadi pertikaian pemimpin2 dalam parti pakatan sendiri.. adakah masih ada
antara mereka yang masih kurang jelas atau tidak bersefahaman dalam membuat
keputusan..
No comments:
Post a Comment