Wednesday, February 20, 2013

PRU-13: BERHATI-HATI, SEKARANG MASA KECEDERAAN - UMCEDEL

KUALA LUMPUR: Tempoh dari sekarang sehingga hari pembuangan undi PRU-13 umpama masa kecederaan untuk semua parti-parti politik di Malaysia.

Mana-mana parti yang membuat silap dalam tempoh ini akan menyebabkan mereka kalah dalam pilihan raya ini.

Demikian kata Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman (gambar) dalam seminar pilihan raya anjuran Umcedel hari ini.


Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggunakan istilah 'tempoh berpantang' untuk masa sekarang hingga hari pembuangan undi.

Dalam tempoh ini, semua pihak dalam parti perlu berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan atau kenyataan.

Sehingga kini, kata Ridhuan, kedua-dua pihak iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang hampir sama untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Ini adalah yang pertama kali berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Beliau juga berkata, isu yang paling besar dihadapi oleh BN adalah intergriti parti itu.

Selain itu, isu NFC dan Lynas juga menyumbang kepada tindakan rakyat menolak BN.

Pakatan Rakyat pula, kata Ridhuan mempunyai masalah kebersamaan di kalangan pemimpin mereka.

Pakatan Rakyat, kata Ridhuan selalu membuat kenyataan yang berbeza antara parti di kalangan mereka.

Menurut kajian Umcedel,  59 peratus respondan bersetuju bahawa  kenyataan berbeza di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat boleh menyebabkan pengundi tidak menyokong Pakatan. -Harakahdaily

No comments:

Post a Comment