Friday, March 8, 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU: KOMEN TIAN CHUA ‘UMPAMA ANJING MENYALAK BUKIT’

KUALA LUMPUR: Tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai konspirasi terancang UMNO bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan diibaratkan seperti ‘anjing menyalak bukit’.

Presiden Kumpulan Tentera Tidak Berpencen (KVTTB), Mohd Sabri Abd Malek, berkata tindakan itu hanya sia-sia kerana ia hanya menambahkan kebencian rakyat kepada parti pembangkang.

“Perhitungannya ternyata silap. Kenyataan berbaur hasutan yang dibuat bagi meraih simpati politik murahan itu bukan saja tidak berjaya mempengaruhi malah menimbulkan kebencian rakyat kepadanya.

“Mengeluarkan kenyataan sedemikian membuktikan beliau tidak menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang bermati-matian mempertaruhkan nyawa mempertahankan keamanan negara,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Mohd Sabri berkata Tian Chua juga tidak layak digelar pemimpin kerana seorang pemimpin yang benar-benar layak tidak akan mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab seumpama itu.

“Kenyataan beliau seolah-olah menghina tugas dan kredibiliti anggota keselamatan yang disanjung tinggi bukan saja di negara ini malah luar negara.

“Bukan saja hendak memijak lobi Putrajaya malah menghidu bau harum bunga di Putrajaya juga mereka (pembangkang) tidak akan mampu kerana kepercayaan rakyat terhadap mereka sudah hilang,” katanya.–BHarian

KD: Itulah..kerana pulut santan binasa…

No comments:

Post a Comment