Friday, December 6, 2013

UMNO TERUS TERAJUI TRANSFORMASI PARTI, EKONOMI DAN NEGARA - NAJIB
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno akan terus melakukan transformasi untuk mendukung aspirasi rakyat termasuk orang Melayu selain menjaga kepentingan ekonomi dan negara.

Perdana Menteri menyifatkan kelahiran Umno pada 11 Mei 1946 sebagai transformasi pertama yang besar lagi unggul bagi bangsa Melayu dan pembikinan negara ini.

Najib, yang juga presiden Umno, menegaskan parti itu telah mempelopori transformasi ekonomi negara sebagai jawapan kepada transformasi yang berlaku di peringkat global.

"Kepimpinan Umno bukan saja komited malah percaya hanya dengan melakukantransformasi kita akan terus relevan dan menjadi peneraju kepada hala tujunegara," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno ke-64 di sini pada Khamis.

Beliau bagaimanapun berkata transformasi Umno tidak akan berjaya sekiranyaidea dan perubahan hanya digenggam di peringkat atasan sahaja kerana iaseharusnya didakap erat oleh setiap anggota Umno.

Menegaskan Umno sedang menjalankan sebuah transformasi yang sebenar secarainklusif, Najib berkata ini dapat dilihat melalui, antara lain, pelantikananggota tambahan Majlis Kerja Tertinggi Umno yang mewakili generasi muda, cerdikpandai, golongan agamawan dan teknokrat.

Dalam ucapan dasarnya bertema 'Mewajah Masa Depan' itu, beliau berkata pucukpangkalnya, setiap anggota Umno adalah ejen transformasi yang mencerminkan halatuju baharu siasah politik negara.

"Umno harus memperkukuh kuda-kuda dan memperkemas kisi-kisi untuk menongggakBarisan Nasional (BN) dan negara supaya kita bukan saja boleh terus mentadbirlima tahun akan datang, malah mudah-mudahan kita akan terus menjadi juara bagitempoh 50 malahan 100 tahun akan datang," katanya.

Berucap di hadapan hampir 3,000 perwakilan Umno dari seluruh negara, Najib berkata walaupun Kedah berjaya ditawan semula BN pada pilihan raya umum lepas selain mengukuhkan kembali kedudukannya di Perak, masih banyak lagi kerja yang belum selesai.

"Di perhimpunan ini, kita memperbaharui tekad dan menggagas semula formula kejayaan berteraskan lima pengisian transformasi Umno," katanya.

Menurut Najib, pengisian transformasi itu merangkumi usaha memperteguh ekonomi Melayu dan Bumiputera; mempertegak 'Maqasid Syariah'; memperkukuh pengkaderan parti; mempersiaga jentera transformatif; dan menetapkan Petunjuk Prestasi Utama atau KPI Umno.

Menyentuh usaha memperteguh ekonomi Melayu dan Bumiputera, beliau berkata iasewajibnya menjadi agenda teras nasional berdasarkan kedudukan mereka sebagaikaum majoriti.

"Apa guna jika negara kita maju tetapi rakyat majoritinya terpinggir dan tidak terbela...pokoknya selagi ada bulan dan bintang, selagi hayat dikandungbadan, agenda pemerkasaan Melayu dan Bumiputera tetap akan kita perjuangkan,"katanya.

Mengenai pegangan kepada prinsip Maqasid Syariah yang membela dan memeliharalima tunjang utama iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan, Najib berkataUmno tidak pernah berhenti memperjuang ketertinggian Islam dan syiarnya.

Selain itu, beliau menarik perhatian bahawa kini berlaku gelombang yang menyaksikan orang muda dekat kepada agama dan orang yang sudah berpencen mula berjinak dengan surau dan masjid.

"Justeru, anggota Umno rajin-rajinlah mendekati golongan ini. Eloklah jugaramai-ramai memakmurkan masjid dan surau," katanya.

Mengulas mengenai program pengkaderan parti, perdana menteri berkata ia hendaklah menyelitkan aspek seperti kreativiti, kemahiran insaniah, budaya berfikir tinggi serta memahirkan mereka dengan teknologi terkini.

Ini bertujuan memudahkan penyampaian dasar-dasar parti dan kerajaan supayaditerima rakyat serta responsif dalam menyelami dan menyelesaikan masalah akarumbi.

"Program pengkaderan terutama melibatkan generasi muda bagi menghadapipilihan raya akan datang tidak boleh ditangguh-tangguh lagi. Ini supaya Umnodapat melahirkan pemimpin yang komited dan istiqamah dalam perjuangan," katanya.

Menyentuh keperluan mempersiaga jentera transformatif Umno, Najib berkataUmno mesti menguasai medium baharu seperti Facebook dan telefon pintar untukmenyampaikan risalah-risalah Umno, mempertahan dasar-dasar parti dan kerajaanserta melawan tuduhan pembangkang.

"Malah, saya percaya telefon pintar akan menjadi instrumen paling besardalam penentuan kalah menang pilihan raya akan datang. Kita tidak bolehketinggalan dan membiarkan pembangkang berwenang-wenang," katanya.

"Suka atau tidak, kita tidak boleh tidak menjadi pelaku utama kepada teknologi ini. Hakikatnya ialah dalam dunia politik, selalunya persepsi lebih penting daripada realiti. Mahu tidak mahu kita harus menanganinya," kata Najib.

Mengenai pengisian transformasi melalui penetapan KPI Umno, Perdana Menteri berkata ia akan diperkenalkan di peringkat cawangan, bahagian dan negeri.

"Melalui penetapan KPI ini kelak, barulah kita akan lebih bersedia untukmemenangi kerusi-kerusi Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) yang kita tewasbaru-baru ini di samping mengekal dan mengukuhkan kedudukan di kawasan yangdimenangi sebelum ini dan selanjutnya merangka pelan gerak kerja untuk menawankubu lawan," katanya.

Najib berkata beliau mahu setiap cawangan, bahagian dan negeri dipantau dan diaudit secara berkala untuk dinilai prestasi dan pencapaian mereka.

Melalui kaedah ini, katanya, sebarang isu, masalah atau ketidakpatuhan yangberlaku boleh dikesan dan tindakan korektif diambil dengan segera.

"KPI ini menjadi pengukur objektif sebagai kad laporan kepada kepimpinanparti. Turunlah ke kawasan, berjumpalah dengan pengundi, buktikan kepadamasyarakat Umno adalah parti yang serius membela dan berkhidmat untuk rakyat,"katanya.-BERNAMA

Sumber: mStar Online

No comments:

Post a Comment