APA HARUS ANDA LAKUKAN JIKA BERLAKU GEMPA BUMI??
Kita mesti tahu bagaimana mempersiapkan diri kita untuk menghadapi gempa bumi supaya bila ianya terjadi kita telah bersedia untuk bertindak. Senarai berikut menerangkan tentang persediaan-persediaan yang boleh dilakukan sebelum gempa bumi susulan. Sebahagian daripada saranan-saranan tersebut agak payah untuk dilaksanakan. Persediaan memerlukan masa dan usaha tetapi anda lebih perlu banyak bertenang dan bersikap wajar jika anda telah memikirkannya lebih awal., bukan sahaja dirumah tetapi juga di tempat kerja, di dalam setor, di lorong-lorong, di dalam kereta dan di tempat-tempat lain yang anda pergi. Bila sahaja bencana menimpa anda mesti bersedia untuk bertindak.
( SEMASA)
Apa Anda Harus Lakukan Semasa GEMPA BUMI?
Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan
- Duduk di dalam bangunan
- Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut.
- Bergerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin.
- Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
- Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh.
- Gerakan berbentuk gelombang boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
- Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala dan muka daripada bahan yang jatuh dan serpihan kaca.
- Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api di sebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.
Duck Cover Hold
- Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
- Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni lain dan keadaan yang masih bergoncang.
Sekiranya Anda Di Dalam Bangunan Yang Tinggi
- Berlindung menggunakan duck, cover and hold, dan kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
- Jangan gunakan lif
- Patuhi prosedur pengungsian bangunan.
Sekiranya Anda Di Laluan Pejalan Dekat Bangunan
Berjalan masuk ke arah muka pintu atau rapat ke struktur bangunan untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca, kepingan simen dan barangan lain yang jatuh.
Sekiranya Anda di dalam Kereta yang Bergerak
Sekiranya Anda di dalam Kereta yang Bergerak
- Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai.
- Walaubagaimanapun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda
- Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik.
- Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar lektrik yang terendam atau laluan jalan rosak atau berlubang-lubang.
( SELEPAS )
Apa Anda Harus Lakukan Selepas GEMPA BUMI?
- Periksa kecederaan. Bila gegaran berhenti kerosakan mungkin berlaku dan mungkin ada yang cedera.
- Beri bantuan kecemasan bila perlu. Walau bagaimana pun, jangan cuba gerakkan orang yang cedera parah kecuali mereka di dalam bahaya berterusan.
- Periksa kebakaran dan bahaya api. Padamkan api dengan segera jika anda mampu.
- Jika anda terbau gas, buka tingkap dan tutup injap utama. Jangan nyalakan mancis atau gunakan api. Gunakan lampu suluh.
- Tutup bekalan elektrik jika kebetulan ada kerosakan pada sistem pendawaian.
- Tutup paip utama jika kebocoran telah berlaku.
- Jangan sentuh pendawaian lektrik yang terendam dalam air atau objek-objek yang bersentuhan dengannya.
- Periksa almari dan kawasan rak penstoran tetapi buka pintu-pintu dengan cermat dan waspada terhadap objek-objek yang jatuh.
- Cuci dengan segera tumpahan ubat-ubatan dan lain-lain bahan yang berpotensi membahayakan.
- Jangan makan atau minum sembarangan daripada bekas-bekas yang berdekatan dengan kaca yang telah remuk.
- Jangan guna telefon kecuali untuk memanggil bantuan untuk melaporkan kecemasan (perubatan, kebakaran atau jenayah).
- Keluar dari bangunan yang telah rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya
- Hidupkan radio berkuasa bateri anda untuk laporan kerosakan dan informasi. Jangan sebarkan khabar-khabar angin.
- Bekerjasama dengan agensi-agensi penyelamat
- Untuk sementara, jangan masuk ke kawasan yang mengalami kerosakan kecuali bantuan anda diperlukan.
- Kosongkan lorong-lorong untuk laluan kenderaan-kenderaan kecemasan.
- Cuba bawa bertenang dan membantu kanak-kanak yang mungkin mengalami trauma akibat gempa bumi.
No comments:
Post a Comment