Tuesday, April 3, 2012


INJUKSI 8 PENEROKA DITOLAK


Akhbar-akhbar perdana negara menyiarkan laporan bahawa Mahkamah Tinggi Kuatan telah menolak permohonan injunksi oleh lapan peneroka Felda di Pahang bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) daripada melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan menolak injunksi tersebut dengan kos yang akan ditaksir oleh Timbalan Pendaftar.

Peguam Mohd. Haris Abdullah yang mewakili kumpulan peneroka itu ketika ditemui pemberita berkata, permohonan tersebut ditolak atas beberapa sebab antaranya ialah Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF yang dibuat pada 22 Februari lalu hanya satu perbincangan dan bukan satu keputusan.

KD: Apakah benar permohonan injuksi ini adalah salah satu cubaan pembangkang menggunakan 8 peneroka terbabit bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada melupuskan ekuiti dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH)?

KD: Apakah juga pembangkang akan kecewa dengan keputusan ini?

Walau apapun, keputusan bagi kes ini telah dibuat. Ia menandakan penyenaraian FGVH di bursa Malaysia bakal menjadi kenyataan sedikit masa lagi. 

2 comments:

  1. I enjoyed your post. It’s a lot like college – we should absorb everything we can but ultimately you need to take what you’ve learned and apply it.
    1985 Pontiac Parisienne AC Compressor

    ReplyDelete
    Replies
    1. ~tq sheen a4 yr opinion.. actually i'm a beginner blogger.. need some practice n learn more.. thnks anyway..

      Delete