UMNO, PAS KENA BINCANG SEGERA DEMI NEGARA
BANGI: UMNO dan PAS sebagai parti Melayu
dan Islam terbesar di negara ini perlu segera mengadakan muzakarah demi
kepentingan negara, kata bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Katanya, kedua-dua parti itu juga perlu
mengetepikan kepentingan politik masing-masing, sebaliknya duduk semeja bagi
menghuraikan perkara yang menjadi polemik demi kepentingan negara dan agama.
“Pemimpin tertinggi UMNO dan PAS perlu
berlapang dada dan mengambil peluang ini untuk mengadakan muzakarah
memandangkan ia mendapat persetujuan Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS).
PAS dan UMNO sebagai parti Melayu dan
Islam perlu mengurangkan politiking dan mengadakan muzakarah, bukan saja untuk
orang Melayu dan agama Islam, tetapi untuk negara secara keseluruhannya.
“(Muzakarah) ini sudah banyak kali
tertangguh, saya harap kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) membuka ruang untuk
muzakarah mengambil tempat walaupun syarat dikemukakan Tok Guru payah untuk
diterima UMNO,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan anak sulungnya
di Bandar Bukit Mahkota di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang,
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee; Ketua Pemuda UMNO, Khairy
Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati)
Datuk Dr Hasan Ali.
Nasharuddin yakin sekiranya pemimpin
utama kedua-dua parti ini bersemuka bagi merungkaikan segala permasalahan
mereka, ia akan dapat memperkukuhkan perpaduan serta kekuatan Islam di negara
ini.
No comments:
Post a Comment