HIMPUNAN SEJUTA BELIA
Lebih
200 aktiviti akan diatur sepanjang laluan Persiaran Perdana di sini sempena sambutan
Hari Belia Negara 2011 yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei ini.
Sepanjang
tiga hari sambutan, para belia berpeluang mempamerkan potensi diri dengan
menyertai acara-acara berbentuk pertandingan, persembahan, mencuba kemahiran,
mencari peluang pekerjaan dan pelajaran serta menguji bakat masing-masing.
Kemuncak
sambutan, pelancaran Himpunan Sejuta Belia pada 28 Mei yang akan disempurnakan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengisytiharkan 2012 sebagai
Tahun Belia Negara.
Secara
keseluruhan, aktiviti tersebut terbahagi kepada 11 segmen utama iaitu Himpunan
Sejuta Belia, Modal Insan, Y-Avenue, Malaysia Cergas, MAHA Youth dan Majlis
Belia Malaysia (MBM).
Aktiviti
turut membabitkan segmen World Youth Fantasy & Gadget World; Y Central;
Karnival Memancing Sejuta Belia; We Care, We Smart, We Young dan Karnival Belia
Budaya 1 Malaysia.
Kesemua
segmen itu membabitkan 80 acara berbentuk pertandingan (41.4 peratus),
kerohanian dan keilmuan melibatkan 93 acara (48.2 peratus) manakala persembahan
dan pertunjukkan sebanyak 20 acara (10.4 peratus).
Aktiviti
yang menjadi tumpuan antaranya Konvoi dan Perkhemahan Transformasi Belia yang
membabitkan seramai 5,000 belia dari seluruh negara.
Perkhemahan
Jambori Pengakap dan Perhimpunan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang
masing-masing melibatkan 10,000 dan 20,000 penyertaan juga akan diadakan.
Seramai
10,000 orang akan menyertai larian Ekiden Run dan Rentap Futsal 2 melibatkan
lebih 20,000 orang.
Acara
lain termasuk pertunjukan wayang pacak, robofair Rakan Muda, himpunan gergasi
karikatur, pertandingan pasukan sorak, drag kereta dan motosikal, PC fair,
persembahan artis dan lelongan amal.
Bagi
memupuk kemahiran berniaga di kalangan belia, KBS akan menyediakan ruang niaga
yang luas untuk menjual dan mempamerkan produk keluaran mereka.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) juga akan membuka kaunter pendaftaran pengundi baru dan
semakan daftar pemilih.
Sumber:
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment