Wednesday, March 13, 2013

EKONOMI MALAYSIA BERADA DI LANDASAN JITU BAWAH BN — NAJIB

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, ekonomi Malaysia berada pada landasan yang jitu di bawah Barisan Nasional (BN).

“Kita telah berupaya mengharungi arus trend ekonomi global luaran. Pada suku tahun yang lepas, kita telah mencapai pertumbuhan 6.4 peratus, yang mencerminkan daya tahan ekonomi negara.”

“Saya boleh merujuk statistik yang menunjukkan daya tahan yang kukuh ekonomi negara kita,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan, di dalam program “Perbualan Bersama PM” yang disiarkan TV3 semalam..

“Apabila kita bercakap mengenai manfaat kepada rakyat dari 2009 hingga 2011, Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita telah berkembang daripada US$6,670 kepada US$9,970, atau kira-kira 49 peratus.

“Tiada negara dunia ini yang mencapai keputusan sedemikian,” katanya.

Najib berkata apabila BN berusaha mendapatkan mandat baharu dari rakyat semasa pilihan raya, ia akan melakukannya berasaskan rekod prestasi yang sangat jitu.

“Kita boleh tunjukkan kepada rakyat bahawa kita boleh melaksanakan tanggung jawabnya,” katanya. — Bernama/TheMalaysianInsider

KD: Ekonomi maju, rakyat makmur..

No comments:

Post a Comment