Monday, March 11, 2013

MAPPA XIII: GAJI BARU POLIS, TENTERA 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera, hari ini.

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu.

Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain.

“Selain tangga gaji dan peluang kenaikan pangkat yang setimpal dengan tempoh perkhidmatan, kami berharap elaun sampingan sep erti elaun keraian, kenderaan dan logistik mendapat perhatian kerajaan kerana tugas kami bukan sekadar menyiasat kes, malah pelbagai tugasan yang boleh membahayakan nyawa,” katanya semalam.

Sumber itu berkata, pengiktirafan setimpal dengan tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan tepat pada masanya memandangkan ada agensi dan jabatan lain serta Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) terlebih dulu memperoleh manfaat daripada skim perkhidmatan awam. –BHarian

KD: Semoga ada berita baik untuk yang terlibat..

No comments:

Post a Comment