Monday, March 11, 2013

HAK MELAYU, ISLAM TERGADAI KERANA PARTI MELAYU PEMBANGKANG LEMAH -TUN M

SHAH ALAM - Kelemahan parti Melayu dalam pakatan pembangkang telah menyebabkan kaum lain tidak menghormati orang Melayu dan lebih teruk lagi hak keistimewaan Islam turut tergadai.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kaum lain di negara ini sepatutnya menghormati hak Melayu dan Islam kerana kedua-duanya telah menjadi bahasa dan agama rasmi negara ini sejak sekian lama.

Namun katanya, ekoran kelemahan parti Melayu dalam pakatan pembangkang yang sentiasa mengikut arahan kroni mereka, hak Melayu dan Islam telah menjadi taruhan.

"Sebagai contoh yang paling jelas ialah melalui isu kalimah Allah apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberikan kebenaran kepada kaum lain untuk mengunakan kalimah suci itu.

"Jika perkara ini terus berlaku dan parti Melayu dalam pakatan pembangkang terus mengikut telunjuk kaum lain, tidak mustahil masyarakat Melayu akan menjadi hamba dan kuli di bumi sendiri," katanya ketika berucap dalam Majlis Penutup Konvoi Selamatkan Selangor anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, jika rakyat terus memilih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), segala usaha Barisan Nasional (BN) untuk memartabatkan bangsa Melayu akan terus dihapuskan.

"Jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang, percayalah, kedudukan orang Melayu akan diketepikan. Kaum lain telah menguasai ekonomi negara ini dan jika politik turut dikuasai oleh mereka, anda fikirlah sendiri.

"Oleh itu, kita harus bertindak tegas dan memilih BN iaitu satu-satunya parti yang memperjuangkan hak Melayu dan pada masa sama menyamaratakan hak kaum lain di negara ini," katanya. –UtusanOnline

KD: Terkenang sebuah lagu – ‘Anak kecil main api’ :
       Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi..
                Air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang..
       Nenek moyang kaya-raya, tergadai seluruh harta benda..
               Akibat sengketa di antara kita, cinta lenyap di arus zaman.

No comments:

Post a Comment