PKR BUAT PUSINGAN U, TIDAK BOIKOT PARLIMEN
PETALING JAYA:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya membuat pusingan 'U' terhadap cadangan
penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pembangkang memboikot majlis angkat
sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.
Timbalan
Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebaliknya menegaskan bahawa wakil rakyat parti
itu tetap akan menghadiri upacara tersebut.
"Saya
ingin menjelaskan bahawa PKR tidak pernah memutuskan untuk memboikot majlis
angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
"Semua
Ahli Parlimen PKR akan menghadiri majlis angkat sumpah itu nanti. Selepas itu
kami akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan
bersungguh-sungguh," katanya menerusi satu kenyataan lewat malam Rabu.
Sebelum itu
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut dilaporkan berkata tidak bersetuju
dengan cadangan memboikot upacara angkat sumpah tersebut.
Tegas Zuraida,
semua wakil rakyat PKR perlu menghadiri majlis berkenaan bagi melayakkan mereka
turut serta dalam sesi persidangan Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.
Pada 7 Jun
lepas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor
mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak
menghantar soalan untuk perbahasan.
Bagaimanapun,
pada hari yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sätu laporan menegaskan
tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati
dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya.
No comments:
Post a Comment