Thursday, December 26, 2013

HIMPUNAN ‘TURUN’: BELIA GESA TINDAKAN TEGAS DIAMBIL

HULU TERENGGANU – Badan-badan gabungan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu membuat laporan polis membantah perhimpunan haram yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 31 Disember ini.
Pengerusinya, Nik Azman Nik Abdul Razak berkata, mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada penganjur perhimpunan berkenaan.

“Kami (belia) mahu dalang kepada perhimpunan 31 Disember ini diambil tindakan tegas kerana cuba menimbulkan ketidakamanan yang sekali gus menjejaskan banyak pihak.

“Seperti yang diketahui, perhimpunan haram yang dilakukan sebelum ini menimbulkan masalah kepada orang ramai dan peniaga di kawasan sekitar,” katanya ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, semalam.

Turut sama, Gerakan Belia 4B Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), pengakap, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Majlis Belia Felda, Puteri Islam dan Pandu Puteri.

Azman berkata, perhimpunan haram itu tidak mendatangkan kebaikan, hanya menimbulkan perkara negatif.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment