PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, pengakuan Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang rela menjadi kuda tunggangan DAP, membuktikan DAP adalah kuasa dominan
dalam pakatan pembangkang.
Perdana Menteri berkata, ia juga membuktikan perangai sebenar Anwar yang dikatakan oleh banyak pihak pada masa ini seperti pepatah ‘sudah terang lagi bersuluh.’

“Nampaknya dia buat pengakuan terbuka. Sebenarnya itu pandangan banyak
pihak masa kini mengenai perangainya. Dalam apa juga pakatan mereka, kuasa
dominan adalah DAP. Apa yang disyaki selama ini nampaknya sudah terang lagi
bersuluh,” katanya semalam.
Najib diminta mengulas laporan akhbar ini semalam mengenai kenyataan
Anwar beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan
pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana
lebih mempercayai pemimpin DAP termasuk Penasihatnya, Lim Kit Siang, berbanding
pemimpin dalam UMNO.
Di KUALA TERENGGANU, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pengakuan Anwar itu bukanlah perkara baru.
“Dia (Anwar) memang kuda DAP dari awal,” kata bekas Perdana Menteri.
Malah, katanya, Anwar yang menjemput pemerhati luar, termasuk, Senator bebas dari Australia Nicholas Xenophon, untuk memantau perhimpunan BERSIH, Sabtu lalu.
“Ahli politik itu bukan saja anti-Islam, malah penyokong kuat perkahwinan sejenis. “Memang geng dialah tu,” katanya selepas program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.
Di KEPALA BATAS, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menyifatkan tindakan Anwar itu adalah satu perbuatan bodoh.
Bekas Perdana Menteri berkata, kenyataan yang diumumkan dalam ceramah perdana sempena Konvensyen Pakatan Pembangkang Perak, Selasa lalu adalah memalukan diri beliau sendiri.
“Bodoh... sampai sanggup menjadi kuda tunggangan orang lain. Kalau dia mahu jadi tunggangan UMNO sekalipun, UMNO pun tak mahukan dia.
“Sepatutnya dia (Anwar) berasa malu dengan sikap yang sanggup menjadi kuda pihak lain,” kata Abdullah.
Sementara itu, larian sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang bermula di Perlis Selasa lalu dan menjelajah Kedah kelmarin, tiba di Pulau Pinang semalam.
Peserta larian dari Kedah yang diketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyerahkan bendera UMNO kepada Abdullah di sempadan Kedah dan Pulau Pinang di Jambatan Merdeka, Bumbong Lima di sini. (Berita Harian)
KD: Kenyataan DSAI sebenarnya bukan hanya menakutkan rakyat, malah menyebabkan kepercayaan rakyat kepada pemimpin politik semakin menipis...

No comments:
Post a Comment