Wednesday, June 13, 2012

ASET RM3 BILION: ANWAR SEDIA DISIASAT LAGI

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia disiasat sekali lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)berhubung dakwaan salah guna kuasa dan memiliki aset bernilai sehingga RM3 bilion ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Ketua Pembangkang itu, beliau sedia disiasat secara terbuka walaupun kes berkenaan telah disiasat oleh Badan Pencegah Raasuah (BPR) pada 1999.

"Saya lihat kes ini sengaja di ulang kitar, ulang tayang sekadar untuk menghidupkan isu. Justeru, saya tidak ada masalah untuk siasatan terbuka walaupun kes ini telah disiasat dan ditutup," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, Selasa.

Sambil menafikan dakwaan berkenaan, Anwar berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadappenyiaran laporan berkenaan.

Sumber: Mstar Online

KD: Baguslah DSAI, memang itu yang sepatutnya. Bukan kerana beliau pemimpin kontroversi tetapi jumlah aset yang didakwa dimilikinya itu memang banyak dan mencurigakan. Maka, wajarlah ia disiasat dan diperjelaskan.

No comments:

Post a Comment