Wednesday, June 13, 2012

TINDAKAN PAS MINTA ANGGOTA TANGGUH HAJI DEMI PILIHAN RAYA DISELAR

KUALA LUMPUR - Tindakan PAS meminta anggota-anggotanya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum ke-13 supaya menangguhkan ibadah haji, dianggap tidak wajar apabila meletakkan kepentingan parti melebihi kehendak agama.

Berikutan itu, PAS diminta memohon maaf di atas keterlanjuran mengeluarkan arahan sedemikian.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata beliau kesal dengan kenyataan PAS kerana sebagai parti Islam, ia meletakkan pilihan raya lebih penting daripada ibadah haji yang merupakan Rukun Islam kelima.


"Kita tidak tahu bila pilihan raya, tapi dia sudah buat spekulasi sebegitu. Kita tidak boleh letak parti lebih dari agama. Jangan anggap parti ini agama. Itu perkara yang tidak betul. Tanyalah ulama mana sekali pun," katanya.

Sumber: Mstar Online


KD: Mungkin hujah Dr. Mohd Asri perlu difikirkan semula. Menurut beliau,  kita sebagai umat Islam dan rakyat Msia khususnya perlu mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan.



No comments:

Post a Comment