Wednesday, August 1, 2012

BAYAR SAMAN SERTA-MERTA

PUTRAJAYA: Semua pemandu dan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik perlu menyelesaikan saman mereka serta-merta atau kenderaan mereka akan ditahan, di mana ia merupakan satu cadangan kepada Kerajaan.

Suruhanjaya khas untuk mengkaji perkhidmatan awam berkata, saman yang tidak dibayar berjumlah jutaan ringgit.

“Menurut beberapa pihak berkuasa pengangkutan jalan, terdapat beratus-ratus ribu saman yang belum dibayar,” kata pengerusi suruhanjaya itu yang merupakan bekas ketua hakim, Tun Zakim Azmi.

“Ramai pemandu yang melakukan kesalahan gagal untuk membayar saman mereka telah terselamat daripada waran tangkap. Kami mahu memperkukuhkan penguatkuasaan (undang-undang),” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil kementerian, agensi dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

Beliau memberi contoh, memandu laju dan melanggar lampu merah sebagai antara kesalahan trafik yang biasa dilakukan, dan juga mencadangkan supaya mengenakan tindakan terhadap “meletakkan kenderaan secara tidak bertimbang rasa”.

Pemandu yang meletakkan kereta sesuka hati sepatutnya kenderaannya dikapit atau ditunda, katanya, sambil menambah bahawa idea itu dicetuskan oleh Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman dan mendapat sokongan sebulat suara dalam mesyuarat itu.

Antara wakil organisasi ialah Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Kerja Raya, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Omar menggesa supaya 1.4 juta penjawat awam dan lebih daripada 500,000 pesara untuk menetapkan satu contoh sebagai pengguna jalan raya yang bertanggungjawab.

Zaki berkata, suruhanjaya itu berharap bahawa cadangan itu akan dilaksanakan secepat mungkin berikutan Hari Raya semakin hampir.-Mstar


KD: Ekoran cadangan itu, di bawah ini KD sertakan cara mudah untuk kemudahan para blogger menyemak saman trafik anda.



Caranya:

1) Dengan menggunakan telefon bimbit, taip SMS mengikut format berikut:

POLIS [jarak] SAMAN [jarak] NoKadPengenalan/NoPlat


2)Hantar ke 32728.

Sekian panduan bagaimana cara semak saman trafik kenderaan secara online dan SMS. Semoga ia dapat membantu.

No comments:

Post a Comment