Tuesday, January 22, 2013

7 PROJEK: 'CUBAAN BELI JIWA RAKYAT KELANTAN'
 
SHAH ALAM – Pas menyifatkan janji projek besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi sebagai melengkapkan kempen Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Mohd Ramli berkata, Najib tidak perlu berjanji untuk memajukan Kelantan kerana kesemua janji tersebut kerajaan negeri sudah terlaksanakan.

“Kenapa perlu berjanji ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)? Sedangkan beliau boleh membantu kerajaan negeri untuk memajukan Kelantan.

“Tidak perlu menabur janji kepada rakyat Kelantan agar dapat mengambil alih Kelantan kerana projek yang dijanjikan ini kerajaan negeri telah lakukan dari dulu lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib mengenai janji beliau bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi dan ia akan dimasukkan dalam manifesto BN nanti.

Menurut Mohd Hatta, timbunan janji tersebut dikatakan cubaan membeli jiwa rakyat Kelantan supaya BN dapat menguasai negeri itu pada PRU 13.

“Najib boleh buat (berjanji) kalau tidak berdendam dengan rakyat Kelantan.

“Saya pun tidak menghalang jika Najib benar-benar ikhlas,” katanya. - Sinar Harian

KD: Asalkan ‘Janji Ditepati’, apa salahnya..

No comments:

Post a Comment