Tuesday, January 22, 2013

7 PROJEK: KELANTAN SAMBUT BAIK PENGUMUMAN NAJIB

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyambut baik tujuh projek besar yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bakal dilaksanakan sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, tawaran yang diumumkan itu semangnya menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, kemudahan yang dijanjikan sebagai manifesto Barisan Nasional (BN) itu untuk memajukan Kelantan sebagaimana yang dilaungkan kelmarin sudah berada dalam skop tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu, Md Anizam berkata, kerajaan negeri memang memahami masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku terutamanya ketika musim perayaan dan perkara tersebut sudah diketahui sejak sekian lama lagi.

“Setelah pembinaan lebuh raya seperti yang dimahukan sebelum ini tidak dibuat, walaupun terpaksa Kerajaan Kelantan dalam serba kekurangan membina lebuh raya (Kuala Krai-Kota Bharu),” katanya. – Sinar Harian

KD: Semoga apa yang ditunggu-tunggu rakyat Kelantan selama ini, menjadi nyata.

No comments:

Post a Comment