Monday, August 19, 2013

MAS DISWASTAKAN?

Beberapa hari lepas, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencadangkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) diswastakan. Berikut merupakan kenyataan beliau:

Penswastaan ​​Boleh Untungkan Mas - Mahathir

KUALA LUMPUR: Penswastaan mungkin boleh menjadi jawapan kepada usaha menjana keuntungan Penerbangan Malaysia (MAS) selepas langkah memulihkan syarikat penerbangan itu gagal.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, melalui penswastaan, pengurusan MAS perlu serius dalam mencari kaedah untuk membuat keuntungan walaupun mungkin wujud persepsi bahawa sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tidak salah untuk mereka mencatat kerugian.

"Ada orang yang berfikir bahawa GLC bertujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan bukannya untuk membuat keuntungan kepada syarikat atau kerajaan.

"Penswastaan ​​MAS mungkin boleh mengubah persepsi ini dan syarikat penerbangan itu mungkin boleh mencatat keuntungan dan bukannya kerugian," katanya.

Selain itu Dr Mahathir berkata pengalamannya bersama Proton merupakan contoh yang baik kerana selepas pengeluar kereta nasional itu diswastakan, pihak pengurusan lebih sedar tentang keuntungan dan kerugian syarikat.

Menurut beliau terdapat bakat tempatan yang mencukupi untuk menguruskan penerbangan itu apabila ia diswastakan dan bukannya menjual kepada warga asing.

Isu mengenai penjualan MAS muncul semula baru-baru ini apabila beberapa pihak dipercayai menghantar cadangan kepada kerajaan untuk membeli syarikat penerbangan itu.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebelum ini berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjual MAS dan melaksanakan cadangan untuk menyusun semula peranannya dalam perniagaan di bawah model ekonomi baru.-mStar

KD: Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak pihak. Ada yang bersetuju dan ada yang membantah. Apapun yang bakal berlaku, bergantung kepada keputusan kerajaan.


Berikutan kenyataan dan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) diswastakan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ulasan maklum balas.  Berikut merupakan kenyataan beliau:  

Malaysia Airlines Tidak Akan Diswastakan – PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin berkata syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines System Bhd, tidak akan diswastakan.

"Malaysia Airlines tidak akan diswastakan kerana pelan pemulihan syarikat penerbangan terbabit menunjukkan jumlah kerugian yang semakin menguncup," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Perdana Menteri yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perbendaharaan 2013 hari ini, berkata demikian ketika mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad.

Dr Mahathir berkata penswastaan merupakan salah satu langkah bagi mengatasi kerugian yang dialami syarikat penerbangan itu, terutama setelah beberapa kali melalui pelan pemulihan. -BERNAMA


No comments:

Post a Comment