Thursday, November 14, 2013

MAHKAMAH SYARIAH KELANTAN SEDIA LAKSANA HUDUD

KOTA BHARU - Mahkamah Syariah Kelantan sedia melaksanakan hukuman hudud di negeri ini kerana kemudahan di bangunan baru Kompleks Mahkamah Syariah di Tunjung di sini, cukup dan sempurna.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Muhammad berkata, pelaksanaan itu memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri dan pelantikan hakim khas pula harus dibuat.

“Dalam keadaan sekarang, jumlah bangunan dan dewan yang ada, insya-ALLAH hudud boleh dilaksanakan. Mahkamah sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja dan tidak ada halangan” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kompleks berkenaan.

Laporan selanjutnya di http://www.sinarharian.com.my/

No comments:

Post a Comment