Tuesday, April 23, 2013

PRU13: JANGAN PILIH PM TIDAK BERMORAL
BATU PAHAT - Masyarakat perlu menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk memilih Perdana Menteri yang jujur serta mampu memegang amanah dan bukannya individu yang mempunyai masalah moral serta integritinya dicurigai.

Tokoh Akademik, Profesor Datuk Dr. Sidek Baba berkata, pemilihan itu penting untuk diperhalusi oleh rakyat kerana kesilapan membuat pemilihan boleh membawa kepada kerosakan masa depan negara.

"Kita perlu memlih seorang Perdana Menteri yang jujur dalam membawa amanah agama dan bangsa, jika individu itu mempunyai masalah moral dan integritinya dicurigai adakah dia boleh menjadi pemimpin tertinggi.

"Malah individu yang bakal dilantik juga perlu sedar diri tentang amanah yang akan digalas, jangan sampai dek kerana hendak jadi Perdana Menteri amanah agama dan bangsa tidak langsung difikirkan," katanya selepas menyampaikan ceramah di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment