Tuesday, May 15, 2012

HUKUM HUDUD TIADA DALAM BUKU JINGGA – DSAI



PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Isnin memutuskan untuk berpegang kepada persetujuan yang dicapai dalam buku Jingga di mana pelaksanaan hukum hudud bukan merupakan sebahagian polisi bersama mereka walaupun terdapat perbezaan pendapat antara PAS dan DAP dalam isu berkenaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun terdapat perbezaan ideologi antara PAS dan DAP mereka akan tetap berpegang kepada persetujuan yang dibuat dalam buku Jingga pada 28 September lalu.

“Kita masih terikat dengan kenyataan pada 28 September, matlamat utama kita adalah penambahbaikan ekonomi, sebarang perubahan tertakluk kepada Perlembagaan dan polisi bersama yang telah dipersetujui sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR selama hampir tiga jam di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menghormati perbezaan ideologi dan agama yang terdapat dalam PR kerana ada isu yang lebih penting iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil adalah lebih penting ketika ini berbanding pelaksaan hukum hudud.

“Kita sudah membuat kenyataan dalam isu ini sejak 28 September lalu. Kita tetap berpegang teguh mempertahankan kenyataan bersama yang telah kita persetujui seperti mana yang terkandung dalam buku Jingga.

“Dalam masa yang sama kita menghormati perbezaan ideologi dan perbezaan agama yang terdapat dalam PR. Kita mahu selesaikan isu ini bukan melalui media tetapi dengan perbincangan dalaman,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa, ketiga-tiga parti telah bersetuju bahawa sebarang perubahan polisi mesti mendapat persetujuan bersama secara konsensus.

“Ketiga-tiga parti telah bersetuju dalam isu pelaksanaan hudud. Bagi pihak kami (DAP), sangat jelas bahawa ia tidak termasuk dalam persetujuan bersama dalam Buku Jingga tetapi kami menghormati pendirian PAS dalam isu ini,” katanya.






KD: Oooo..begitu ceritanya.. Tapi, semacam pelik dan keliru bagaimana isu ini terus menjadi pertikaian pemimpin2 dalam parti pakatan sendiri.. adakah masih ada antara mereka yang masih kurang jelas atau tidak bersefahaman dalam membuat keputusan.. 
AKADEMI UNDANG-UNDANG: KERAJAAN SETUJU CADANGAN BENTUK ORGANISASI BARU PEGUAM - NAZRI AZIZ

KUALA KANGSAR: Kerajaan bersetuju dengan tuntutan golongan peguam yang mahu membentuk satu organisasi baru bagi mewakili mereka mempertahankan profesion, kebajikan dan kepentingan guaman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata golongan peguam itu boleh membentuk organisasi itu atas nama persatuan atau agensi lain yang baru seperti Akademi Undang-undang dengan menggunakan pendekatan lain. -BERNAMA

Monday, May 14, 2012

EKONOMI MELAYU BOLEH TERJEJAS JIKA PAKATAN PEMBANGKANG TADBIR NEGARA



TASEK GELUGOR: Perjuangan membela orang Melayu termasuk dalam bidang keusahawanan dan ekonomi yang kini berada di landasan yang betul akan terjejas jika pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata pelbagai inisiatif dilakukan oleh kerajaan sejak merdeka mencapai banyak kejayaan sehingga pemilikan ekuiti Bumiputera meningkat daripada dua peratus kepada 23.09 peratus pada 2010.

Dengan pelbagai inisiatif itu, beliau yakin sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti oleh Bumiputera pada 2020 iaitu apabila negara menjadi negara maju, akan dapat dicapai.

“Bagaimanapun, jika BN kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kita akan kembali ke zaman pemerintahan Alfonso de Albuquerque (Portugis) di Melaka pada 1511, di mana nasib orang Melayu tidak terbela.

“Inilah musibah dan tragedi yang melanda apabila kita hilang kuasa... agenda (membela) orang Melayu akan terhapus, dijajah dan menjadi hamba abdi. Inilah yang akan berlaku (jika BN kalah),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Berhad (MTEM) Zon Utara dan Projek Usahawan Gemilang di Dewan Besar Sungai Dua di sini, semalam. Hadir sama, Ahli Pemegang Amanah MTEM, Rizal Faris Mohideen Abdul Kader.

 (sumber: bloglistpolitik.blogspot.com)
KDNi dia peratusan sokongan rakyat antara parti di Malaysia.. 

1) kerajaan = memuaskan..
2) pembangkang = kurang memuaskan..
3) tidak pasti = ? & agak merisaukan..

PAS SALAH GUNA ISLAM - HARUSSANI


KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian semalam ketika diminta mengulas saranan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.

SULTAN JOHOR SELAR TOLAK PEMBANGUNAN 


KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menegur tindakan pihak tertentu yang menghasut masyarakat supaya menolak pembangunan dilaksanakan kerajaan di negeri ini dengan membuat bantahan serta permintaan tidak munasabah.

Baginda bertitah, tindakan itu menyebabkan rakyat akan terus tersisih dan terpinggir daripada arus pembangunan yang mampu memberikan kehidupan lebih terjamin.

“Saya terdengar suara sumbang yang seakan-akan mahu menolak pembangunan yang hendak dilaksanakan kerajaan dan tidak mahu berubah.

“Jika saudara-saudari tidak mahu berubah, maka rakyat akan terus tersisih dan terpinggir daripada arus pembangunan.

“Saya amat kesal dengan segelintir masyarakat cuba menentang pembangunan di Pengerang dan ada juga kumpulan yang cuma mengambil kesempatan menghasut orang di sini supaya membuat bantahan serta permintaan bukan-bukan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada majlis pelancaran Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) dekat Pengerang, di sini, semalam. Turut berangkat, lima putera baginda termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tunku Temenggong, Tunku Idris.

Sunday, May 13, 2012

MENYINGKAP SEJARAH… 13 MEI 1969



Pada tarikh ini tercetus pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina. Ia merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi. Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai diumumkan.

Apakah yang berlaku dan apakah iktibar di sebalik sejarah hitam ini?

1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.

2. Perintah Berkurung
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan, susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum. Selain itu, segala aktiviti harian masyarakat tersekat.

3. Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel, dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .

4. Perpaduan Nasional
Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati, bertolak-ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti dengki, beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat. Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.

5. Keadilan Ekonomi
Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu :
(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,
(ii) Menyusun semula masyarakat,

Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.

Akhir kata, semoga tragedi sebegini tidak akan berulang lagi demi keamanan, negara dan perpaduan negara Malaysia yang tercinta ini.

Kepada semua kaum ibu di dunia..


KD: Mungkin ada yang tak tahu & keliru mengapa tarikh sambutan hari ibu berbeza-beza pada setiap tahun? Sebenarnya,  di kebanyakan negara di dunia khususnya di Malaysia, hari istimewa ini disambut pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.. jadi, selamat meraikannya!! Sayangi ibu, sayangi keluarga anda!!