Thursday, April 25, 2013

FAHAMAN KOMUNIS CALON PRU13 PERKARA SERIUS

PAGOH - Pihak berkuasa perlu memberi perhatian serius terhadap tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menurunkan calon tangkap muat termasuk mereka yang mengagungkan pejuang revolusi komunis.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, fahaman komunis yang tidak percaya kepada Tuhan bertentangan dengan Islam dan adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan apabila golongan itu turut dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

''Ada pihak yang bertempik marah kerana kawannya dalam pakatan pembangkang membawa bendera Joseph Stalin dan Vladimir Lenin iaitu pejuang revolusi komunis di Rusia.

''Kita juga terkejut apabila kawan-kawan mereka yang berserban turut membawa calon parti komunis, takkan kita mahu ikut orang macam itu,'' katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di Sungai Terap dekat sini malam tadi.

Sabtu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat, di Marang, Terengganu mendedahkan punca Pas bertanding di beberapa kawasan yang turut ditandingi PKR.

Antara sebabnya ialah Pas tidak boleh menerima calon-calon yang menjual pil kuda dan mengagungkan komunis, malah Abdul Hadi juga menggelar mereka sebagai anasir 'syaitan'.

Menurut Juanda, penglibatan calon-calon yang mempunyai fahaman bertentangan dengan Islam dalam pilihan raya umum kali ini, boleh membawa bencana dan kehancuran kepada negara terutama umat Islam.

Dalam perkembangan lain, beliau membidas pihak tertentu yang mendakwa berjuang untuk Islam tetapi apabila diberi peluang memerintah tidak melaksanakan tuntutan agama suci itu sebaliknya menuduh kerajaan sebagai tidak Islam.

Katanya, kerajaan telah melaksanakan pelbagai hukum, syariat dan tuntutan dalam Islam antaranya membangunkan ekonomi umatnya dengan mewujudkan perbankan dan muamalat Islam untuk menentang amalan riba. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment