Tindakan berani Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno, menyuarakan cadangan supaya Johor melaksanakan hukum hudud sepenuhnya bakal memberi implikasi dalam Barisan Nasional (BN).
Ini kerana, Umno adalah parti teras dalam BN, selalunya apa
yang dibawakan Umno itu diterima oleh parti komponennya yang lain. Keadaan itu
disebabkan oleh rakan dalam BN mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Umno.
Katanya, sejarah telah membuktikan perkara itu. Sebagai
contoh, ketika Islam Hadhari mahu dilaksanakan,
banyak kemusykilan yang timbul. Bagaimanapun dengan kesungguhan Umno
melakukan penerangan akhirnya mendapat respons yang baik.
Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga melihat cadangan yang dibawa oleh Adun
Kemelah, Datuk Ayub Rahmat adalah satu perkembangan positif bagi Umno. Malah,
beliau berpendapat perkara itu boleh dilaksanakan oleh Umno sejajar dengan
transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
kerana sememangnya sentimen keislaman sudah tertanam di dalam Umno.
Justeru, beliau menyarankan kajian yang serius perlu
dilakukan bagi melaksanakan perundangan Islam ini sepenuhnya merangkumi nasihat
pakar-pakar yang lebih berpengetahuan dalam perkara ini kerana ia akan lebih
didengar oleh rakyat. -Sinar Harian
No comments:
Post a Comment